Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Pendaftaran & Kemas Kini BPR 2021 Dilanjutkan Sehingga 25 Februari 2021

1,434

Sebelum ini tarikh akhir permohonan baru dan kemas kini maklumat peribadi untuk Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021) adalah pada 15 Februari 2021, namun memahami masalah yang dihadapi rakyat akibat Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP 2.0), Menteri Kewangan telah melanjutkan tempoh permohonan sehingga 25 Februari 2021.

Baca juga: Isi Borang Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Percuma! Tiada Bayaran Dikenakan

Tujuan tarikh permohonan dilanjutkan adalah untuk memastikan BPR akan diterima golongan yang benar-benar layak, selain mengambil kira Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

TARIKH AKHIR PERMOHONAN BARU BPR 2021

Tarikh akhir permohonan baru BPR 2021 ialah:

  • 25 Februari 2021

PERMOHONAN BAHARU BPR 2021

Hanya pemohon yang tidak pernah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 atau Bantuan Prihatin Nasional (BPN) B40 serta isi rumah berpendapatan RM5,000 dan ke bawah sebulan perlu membuat permohonan baharu.

Ini termasuk golongan mudah terjejas baharu yang layak memohon akibat perubahan status pendapatan mereka ekoran impak penularan COVID-19.

Dengan adanya proses pendaftaran baharu dan kemas kini ini, sebahagian daripada mereka yang tidak lulus dan belum menerima BPR masih berpeluang untuk mengemukakan permohonan untuk disahkan semula.

KATEGORI YANG TIDAK PERLU MEMBUAT PERMOHONAN BAHARU BPR 2021

Penerima BSH 2020 dan BPN B40 yang lulus sebelum ini tidak perlu membuat pendaftaran baharu atau kemas kini sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat.

Jadi, anda yang telah pernah menerima BSH 2020 dan BPN B40 sebelum ini, tidak perlu membuat sebarang permohonan baharu atau kemas kini sekiranya tiada.

TARIKH BAYARAN BPR 2021

Mengikut kenyataan pihak LHDN melalui soalan lazim yang dikeluarkan pada tarikh 20 Januari 2021, bayaran BPR 2021 adalah seperti berikut:

  • Penghujung Februari 2021

Pembayaran Fasa Pertama BPR 2021 akan dibuat kepada penerima yang sedia lulus pada BSH 2020 / BPN 2.0 termasuk pemohon rayuan iaitu isi rumah dan bujang.

Rujuk: BPR 2021: Cara Log Masuk & Buat Semakan Status Permohonan

KADAR BAYARAN FASA PERTAMA BPR 2021

Kadar bayaran Fasa Pertama BPR 2021 yang akan diterima adalah seperti berikut:

KATEGORI ISI RUMAH RM300
KATEGORI BUJANG

KATEGORI OKU

RM150

Pembayaran Fasa Pertama BPR 2021 ini akan dibayar secara berperingkat pada penghujung Februari 2021.

Terkini, Bayaran Fasa Pertama BPR 2021 Februari Ini

Baca juga: Cara Semak Nama Ada Dalam Sistem BPR 2021 Atau Tidak, Langkah Demi Langkah

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021) di saluran berikut:

  • Hotline BPR LHDNM: 1 800 88 2747
  • Hotline BPR MoF: 03 8882 4565 / 03 8882 4566
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...