Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Usahawan Belia Dipelawa Untuk Mohon BSN Mikro PEMERKASA Belia. Pembiayaan sehingga RM50,000 Jika Layak

2,506

Adakah anda belia yang terlibat dalam perniagaan dan memerlukan pembiayaan perniagaan anda?

Jika ya, Bank Simpanan Nasional (BSN) ada menyediakan pembiayaan perniagaan buat usahawan mikro terutamanya usahawan belia.

Bagaimanakah caranya untuk memohon pembiayaan  BSN Mikro PEMERKASA Belia ini?

Baca juga: Cara Mohon BSN Micro/i PEMERKASA Istimewa Golongan OKU, Pembiayaan Sehingga RM50,000. Ansuran Bulanan Termasuk Moratorium Selama 6 Bulan!

INFO RINGKAS BSN MIKRO PEMERKASA BELIA

BSN Mikro PEMERKASA Belia adalah:

  • Satu inisiatif di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA) yang menawarkan kemudahan pinjaman mikro untuk memberi bantuan dan menyokong pemulihan perniagaan mikro.

JUMLAH PEMBIAYAAN

Jumlah pembiayaan adalah sehingga:

  • RM50,000

KADAR KEUNTUNGAN

Kadar keuntungan adalah sehingga:

  • 3.00% (mengikut asas baki bulanan)

TEMPOH PEMBIAYAAN

Tempoh pembiayaan antara:

  • 1 hingga 5.5 tahun termasuk 6 bulan moratorium bagi pembayaran ansuran bulanan.

SYARAT KELAYAKAN

Nak mohon tapi nak tahu syarat kelayakan terlebih dahulu.

Syarat kelayakan untuk memohon pembiayaab perniagaan BSN Mikro PEMERKASA Belia ialah:

  • Perusahaan mikro (Milikan Tunggal/ Perkongsian/ Syarikat Sdn. Bhd) yang dimiliki oleh usahawan belia berusia 30 tahun dan ke bawah, iaitu sekurang-kurangnya 51% dimiliki dan dikendalikan oleh usahawan belia yang berdaftar seperti tersebut di atas dan dalam proses pemulihan perniagaan akibat pandemik COVID-19.
  • Dimiliki oleh Warganegara Malaysia.
  • Perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  • Bukan pelanggan sedia ada BSN Micro-i Penjana Tourism Financing (PTF).
  • Perniagaan telah beroperasi sekurang-kurangnya enam (6) bulan.

DOKUMEN DIPERLUKAN

Lengkapkan permohonan anda dengan sertakan bersama dokumen penting berikut:

  • Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)/ Lesen Perniagaan dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang sah
  • Salinan Kad Pengenalan Pemilik Tunggal/ Rakan Kongsi/ semua Pengarah/ Pemegang Saham/ Penjamin (jika berkenaan)
  • Penyata Akaun Bank untuk tiga (3) bulan terkini
  • Lain-lain dokumen sokongan tambahan sekiranya diperlukan oleh pihak Bank

Gambar BSN

CARA MOHON

Permohonan adalah secara online dan klik pautan berikut:

Cara Mohon BSN Micro/i PEMERKASA Istimewa Golongan OKU, Pembiayaan Sehingga RM50,000. Ansuran Bulanan Termasuk Moratorium Selama 6 Bulan!

  • Klik sini untuk panduan permohonan secara online.

Baca juga: Sediakan 3 Dokumen Ini & Dapatkan Bantuan One-Off Industri Pelancongan Negeri Sembilan Sehingga RM2,000 Tunai

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Maklumat. lanjut dan pertanyaan mengenai Skim Mikro Kredit PEMERKASA, sila hubungi:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...