Busuknya Bau Lipas. Tips Jimat Hilangkan Bau Lipas Di Dapur Dan Almari

Busuknya Bau Lipas

Bila anda masuk ke dapur atau membuka almari pakaian terus anda terhidu satu bau yang sangat busuk iaitu bau lipas.

Pelbagai cara dan racun lipas yang anda gunakan untuk menghalau lipas malahan anda membazir dengan membeli ubat gegat dan dimasukkan ke dalam almari untuk menghilangkan bau lipas. Tapi masih lagi melekat bau lipas.

Apa kata kita gunakan tips mudah dan jimat ini untuk hilangkan bau lipas.

busuk

 

Tips Jimat Dan Mudah

Bahan-bahan ini semestinya terdapat di rumah dan di dapur anda sahaja. Mari lihat apakah bahan-bahan yang digunakan untuk menghilangkan bau dan menghalau lipas.

  • Buah Lemon

Ambil sebiji lemon dan potong nipis-nipis. Letak ditempat yang anda rasakan itu adalah sarang lipas terutamanya kawasan gelap di dalam kabinet dapur. Lipas hilang, dapur anda berbau wangi.

lemon

  • Daun Pandan

Ambil daun pandan dan anda potong halus-halus dan tabur ke dalam almari atau kabinet dapur. Lipas sememangnya tidak menyukai bau wangi pandan.

manfaat-daun-pandan

  • Sabun Wangi Perisa Lemon Atau Serai

Ambil sebuku sabun mandi anda dan potong dengan bentuk kiub. Letakkan ke dalam kabinet atau almari di bahagian yang paling sudut. Dapur dan almari anda pasti segar dan wangi.

sabun-mandi-buku

  • Gula Dan Baking Soda

Ambil sesudu baking soda dan gula dan gaulkan bersama. Tabur pada laluan lipas atau sarang lipas. Fungsi gula adalah untuk menarik minat lipas manakala baking soda bertindak membunuh lipas.

sodadangula

Wah! Mudahkan untuk menghalau lipas dan jadikan dapur serta almari wangi semula?

Semoga dapur dan almari anda wangi semula dengan mengikuti langkah daripada pengkongsian ini.

Sumber :

  • SinarPlus
  • keluarga.my
  • rasa.my
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.