Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Ibu Bapa Dah Boleh Mohon Cabutan Sijil Kelahiran Anak Secara Online. Ini Tutorialnya

1,696

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN ) telah mengumumkan bahawa permohonan Cabutan Sijil kelahiran kini boleh dilakukan secara dalam talian.

Jadi dengan pengumuman ini memberikan kelegaan kepada ibu bapa kerana tidak perlu keluar untuk membuat permohonan Cabutan Sijil kelahiran di kaunter JPN lagi.

Ibu bapa yang ingin membuat permohonan Cabutan Sijil kelahiran secara online boleh rujuk tutorial yang dikongsikan disini.

Baca juga: Daftar Anak Baru Lahir Di JPN, Buat JanJi Temu Kurang Dari 2 Bulan Kelahiran Untuk Pendaftaran

CARA MOHON CABUTAN SIJIL KELAHIRAN DI JPN SECARA ONLINE

Untuk membuat permohonan Cabutan Sijil kelahiran secara online, pastikan anda klik pada pautan berikut:

Ibu Bapa Dah Boleh Mohon Cabutan Sijil Kelahiran Anak Secara Online. Ini Tutorialnya

  • Baca semua terma dan syarat yang telah disenaraikan.
  • Klik SETUJU untuk meneruskan permohonan.
  • Pilih kategori permohonan sebagai pemilik atau waris seperti berikut:*Ibu Bapa
    *Adik-beradik
    *Pasangan
  • Borang permohonan kategori Pemilik

  • Borang permohonan kategori Waris

  • Klik Cetak Slip Permohonan setelah permohonan yang berjaya didaftarkan.

  • Jangan lupa, bawa slip permohonan yang telah dicetak dan bawa ke kuanter JPN untuk tuntutan.

  • Klik OK untuk keluar.
Nota: Jika permohonan gagal didaftarkan, pengguna perlulah hadir ke kaunter yang berdekatan dengan anda.

Mudah, bukan? Jadi anda tidak perlu membuang masa untuk permohonan Cabutan Sijil Kelahiran kerana ianya boleh dilakukan secara online.

Hanya untuk proses seterusnya sahaja anda perlu hadir ke kaunter JPN dan urusan anda selesai.

May be an image of text that says 'JPN. LM15 CABUTAN SIJIL KELAHIRAN Kaedah SECARA DALAM TALIAN Kawasan Pendaftaran PULAU PINANG BERSALIN PINANG Nama Penuh Full Name ILD Tarikh dan Waktu Kel Birth Date and Time Keturunan Race MELA Kelahiran OSPITAL BERSALIN PULAU PINAN Taraf Kewarganega Status of Citizenship Agama ATHER Nama Name Imbas di sini *Tertakluk kepada terma No. Dokumen Pengen Jenis Types Maklumat Tidak Identification Berkenaa www.jpn.gov.my TAHUN syarat. Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysi jpnm official jpn official jpnmofficial'

Baca juga: JPN EServices: Permohonan Perkhidmatan JPN Secara Online. Semak Cara Permohonan Disini

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...