Dah Tak Nak Duit RM500 i-Lestari KWSP? Ini Cara Batalkan Pengeluarannya

DAH TAK NAK DUIT RM500 I-LESTARI KWSP? INI CARA BATALKAN PENGELUARANNYA

“Saya dah tak nak bayaran i-Lestari dimasukkan ke dalam akaun lagi. Keadaan kewangan saya sudah kukuh. Apa yang saya perlu lakukan untuk membatalkan pengeluaran i-Lestari?”

Pastinya ada penerima i-Lestari yang mempunyai situasi begini dimana ingin membatalkan pengeluaran kerana merasakan keadaan ekonomi sudah makin stabil.

Jadi, anda boleh membatalkan pengeluaran i-Lestari KWSP anda berdasarkan perkongsian ini.

INFO RINGKAS PENGELUARAN I-LESTARI KWSP

Adakah anda tahu apa itu pengeluaran i-Lestari?

  • Pendaftaran Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP merupakan antara bantuan untuk rakyat yang diumumkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin COVID-19.
  • Melalui Pendaftaran Permohonan Pengeluaran i-Lestari KWSP ini, pencarum KWSP berusia bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran KWSP akaun 2 sebanyak RM500 sebulan selama tempoh 12 bulan.

TUJUAN PENGELUARAN I-LESTARI KWSP

Tujuan utama kerajaan membenarkan pengeluaran i-Lestari ini adalah :

  • Untuk membantu ahli KWSP meneruskan kelangsungan hidup sepanjang penularan wabak COVID-19 ini. Terutamanya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung.

CARA MEMBATALKAN PENGELUARAN I-LESTARI KWSP

Untuk membatalkan pengeluaran i-Lestari, pihak KWSP tidak akan memaparkan semua maklumat permohonan pengeluaran i-Lestari yang terdahulu. Malah,

  • Anda perlu memastikan mempunyai maklumat permohonan pengeluaran i-Lestari terdahulu sebagai rujukan untuk permohonan pembatalan pengeluaran.
  • Bayaran bulanan akan berhenti setelah permohonan diluluskan.
  • Anda juga boleh membuat pembatalan di kaunter KWSP yang terdekat sekiranya kaedah bayaran semasa adalah ARAHAN BAYARAN.
  • Jika ingin membuat permohonan semula, ia boleh dibuat pada hari berikutnya setelah pembatalan pengeluaran i-Lestari dilakukan.

LANGKAH-LANGKAH PEMBATALAN PENGELUARAN I-LESTARI KWSP

Ikuti langkah-langkah membatalkan pengeluaran i-LEstari secara online seperti berikut :

  • Klik i-Lestari Cancellation
  • Klik OK pada nota yang dipaparkan.
  • Masukkan maklumat yang diperlukan.
  • Klik SAYA BUKAN ROBOT setelah maklumat anda telah lengkap diisi.
  • Klik SEMAK.
  • Klik PENGESAHAN PEMBATALAN pengeluaran i-Lestari.
  • Klik BATAL.
  • Permohonan pembatalan pengeluaran i-Lestari anda telah siap.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai pembatalan pengeluaran i-Lestari, sila hubungi KWSP di :

  • Telefon : 03-8922 600
  • Portal rasmi : KWSP

Atau anda boleh hadir ke kaunter KWSP yang terdekat melalui Temujanji Online terlebih dahulu dan buat temujanji anda.

You might also like