Siapa disini lebih selesa menggunakan e-wallet untuk membuat pembayaran ketika membeli barang? Anda boleh menggunakan MAE Maybank yang menjadikan urusan anda lebih mudah, cepat dan menyeronokkan.
Mengapa ianya menyeronokkan? Ini adalah kerana MAE Maybank ini merupakan e-wallet yang lengkap dengan pelbagai ciri unik dan menarik buat anda untuk menguruskan hal kewangan harian.
Apa? Tiada akaun Maybank pun boleh guna? Jadi memang benar aplikasi ini sangat menyeronokkan anda untuk menggunakannya.
Jom dapatkan maklumat lanjut mengenai MAE Maybank melalui perkongsian ini.
INFO RINGKAS MAE MAYBANK
Isi Kandungan
Apa itu MAE Maybank? Ia adalah singkatan daripada MAYBANK ANYTIME, EVERYONE iaitu bank digital yang boleh dibawa ke mana sahaja.
Jika anda tidak mempunyai akaun Maybank pula boleh menggunakan MAE ini seperti e-wallet Touch n Go, Boost dan GrabPay.
CARA DAFTAR MAE MAYBANK
Untuk mendaftar MAE Maybank, anda perlu:
- Download MAE Maybank di : ANDROID / iOS
- Seterusnya buka aplikasi tersebut dan login akaun online banking Maybank jika ada.
- Klik SAY HELLO TO MAE kemudian klik pada EXPERIENCE MAE NOW.
- Seterusnya itu sila isi maklumat Email, Negeri dan nombor Invite Code jika ada.
- Tambah nilai Maybank E-Wallet minima RM10 untuk pengaktifan.
- Klik SAVINS ACCOUNT dan masukkan jumlah RM10 minima dan klik OK.
- Klik PROCEED dan klik sekali lagi CONFIRM & PAY.
- Akaun Maybank MAE E-Wallet sudah diaktifkan.
- Klik MY DASHBOARD untuk kemaskini setting dan terokai pelbagai kemudahan yang sedia ada.
KEMUDAHAN MAE MAYBANK
Antara kelebihan yang ditawarkan oleh MAE Maybank ini ialah:
PEMBAYARAN MENERUSI QR PAY
Pembayaran melalui QR Pay sangat memudahkan anda tetapi anda perlu aktifkan QR PAY MAE Maybank terlebih dahulu seperti berikut:
- Anda perlu klik pada logo M di bahagian bawah sebelah kanan
- Pilih akaun bank atau kad kredit untuk cara pembayaran QRPAY
- Tekan AGREE & PROCEED
- Tetapkan had penggunaan (limit) untuk QRPAY
CARA MEMBUAT PEMBAYARAN MELALUI QR PAY MAE MAYBANK
- Pilih MONEY OUT
- Pilih PAY WITH QR
- Imbas QR code
- Masukkan nilai yang ingin di bayar
- Transaksi akan diproses
- Siap.
MENJEJAK PENGGUNAAN WANG
Anda boleh menjejak penggunaan wang anda pada bahagian EXPENSES.
Ini kerana semua transaksi yang anda buat melalui Maybank akan direkodkan sini mengikut kategori iaitu:
- Financial
- Food & Beverage
- Other Expenses
- Home & Property
- Transportation
- Medical
- Services
- Entertainment
Setiap kategori ini dapat memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai perbelanjaan wang anda.
Menariknya, anda juga boleh menambahkan transaksi tunai melalui aplikasi ini.
KONGSI JUMLAH BAYARAN DENGAN RAKAN / SPLIT BILL
Anda juga boleh membuat:
- Pembahagian bil
- Meminta dan menghantar wang kepada mereka
- Berkongsi segala butiran melalui Whatsapp, Telegram, Messenger dan sebagainya.
Rakan-rakan dan keluarga anda diberikan masa selama 30 hari untuk melakukan pembayaran pembahagian tersebut kepada anda.
CARA GUNA SPLIT BILL MAE MAYBANK
- Klik pada MONEY IN
- Pilih SPLIT BILL
- Pilih teman yang anda ingin berkongsi pembayaran bil tersebut.
- Anda boleh melakukan pembayaran sama ada secara sama rata(equally) atau berasingan (separately).
- Bagi separately, anda boleh memasukkan nilai yang ingin dibahagikan antara teman anda.
TABUNG SIMPANAN
Melalui TABUNG SIMPANAN anda boleh menyimpan duit secara konsisten dan berkala mencapai jumlah yang anda inginkan.
2 jenis ‘TABUNG SIMPANAN yang disediakan ialah:
- Individu
- Kumpulan
CARA BUAT TABUNG MAE MAYBANK
- Pergi di bahagian MORE.
- Cipta TABUNG dan pilih kategori yang anda ingin seperti TRAVEL, ROADTAX dan sebagainya.
- Kemudian pilih tarikh anda akan mula menabung dan tempoh tabung anda penuh.
- Amaun RM sebulan yang anda kena simpan untuk capai target tabung anda akan dikira secara automatik.
- Kemudian anda juga akan diberi pilihan sama ada hendak menyimpan dalam tabung sendiri atau menabung dengan orang lain.
- Pilih akaun untuk auto-deduct.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Dapatkan maklumat lanjut mengenai MAE Maybank di laman web berikut:
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.