Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Daftar Tabika Perpaduan Sesi 2022 Secara Online

3,739

Ingin daftarkan ank-anak anda ke Tabika Perpaduan bagi Sesi 2022? Daftarkan anak anda ke Tabika Perpaduan secara online sahaja kerana ianya lebih mudah dan pantas.

Anda juga boleh mendaftarkan anak-anak ke Tabika KEMAS sekiranya lokasi atau kedudukan rumah anda lebih dekat untuk urusan persekolahan. Malah, anda juga boleh membuat pendaftaran anak ke Tabika KEMAS juga secara online sahaja.

Untuk dapatkan cara serta langkah-langkah membuat permohonan pendaftaran ke Tabika Perpaduan secara online, teruskan membaca perkongsian ini seterusnya dapatkan maklumat dengan lebih lengkap.

INFO RINGKAS TABIKA PERPADUAN

Tabika Perpaduan (Taman Bimbingan Kanak-kanak) mula diperkenalkan pada tahun 1976 di bawah Rancangan Perhubungan Masyarakat iaitu sebanyak 25 buah kelas ditubuhkan sebagai projek rintis. Ia diwujudkan di bandar dan pinggir bandar khususnya kawasan yang mempunyai Rukun Tetangga.

Tabika Perpaduan dilaksanakan bagi menyediakan pendidikan awal kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun bagi membolehkan mereka menghayati nilai-nilai perpaduan, hidup bermasyarakat serta persediaan ke alam persekolahan kelak.

6 KOMPONEN KURIKULUM TABIKA PERPADUAN

Untuk pengetahuan anda, Tabika Perpaduan menggunakan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berkuat kuasa pada 1 Januari 2003. Terdapat 6 komponen kurikulum prasekolah iaitu :

  • Bahasa dan Komunikasi
  • Perkembangan Sosioemosi
  • Perkembangan Kognitif
  • Perkembangan Fizikal
  • Kerohanian dan Moral
  • Kreativiti dan Estitika

TARIKH PENDAFTARAN TABIKA PERPADUAN SESI 2022

Tarikh untuk pendaftaran Tabika Perpaduan Sesi 2022 ialah:

  • Permohonan pendaftaran: 1 Mac hingga 15 Ogos
  • Semakan permohonan: 15 September hingga 30 September

SYARAT PERMOHONAN PENDAFTARAN TABIKA PERPADUAN SESI 2022

Syarat atau kriteria pemilihan untuk pendaftaran Tabika Perpaduan ialah:

  • Ibu bapa berpendapatan kurang dari RM1,500
  • Kanak-kanak berumur 6 tahun diutamakan.
  • Pelbagai kaum.

CARA PERMOHONAN KE TABIKA PERPADUAN SECARA ONLINE SESI 2022

Untuk mohon pendaftaran ke Tabika Perpaduan secara online, langkah yang perlu anda ikuti ialah:

Cara Daftar Tabika Perpaduan Sesi 2022 Secara Online

  • Klik PERMOHONAN PENDAFTARAN MURID TABIKA PERPADUAN
  • Isikan maklumat yang diperlukan dan log masuk semula menggunakan ID pengguna yang telah anda daftarkan tadi.
  • Lengkapkan maklumat dan klik HANTAR setelah selesai.
  • Penyata Permohonan Penubuhan Tabika Perpaduan akan dipaparkan
  • Permohonan seterusnya akan diproses oleh Pegawai Perpaduan Daerah/Bahagian yang bertanggungjawab.

SEMAKAN PERMOHONAN PENDAFTARAN TABIKA PERPADUAN SESI 2022

Untuk membuat semakan,

Cara Daftar Tabika Perpaduan Sesi 2022 Secara Online

  • Pilih sama ada semakan melalui No. Rujukan Permohonan, No. Surat Beranak, No. MyKid atau No. Kad Pengenalan Penjaga.
  • Seterusnya klik CARIAN.

Baca juga: Cara Daftar Anak Prasekolah KPM Secara Online Bagi Sesi 2022

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai pendaftaran ke Tabika Perpaduan, sila hubungi Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di saluran berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...