Tahukah anda bahawa elaun Pegawai Bomba Bantuan telah dinaikkan pada tahun 2021 yang lalu?
Elaun bagi Pegawai Bomba Bantuan ini dinaikkan daripada RM6 kepada RM8 sejam untuk lebih 1,900 pegawai bomba bantuan dengan peruntukan sebanyak RM11 juta setahun.
Jika anda berminat untuk membuat permohonan sebagai Pegawai Bomba Bantuan, dapatkan info seterusnya melalui artikel ini.
INFO RINGKAS PEGAWAI BOMBA BANTUAN
Isi Kandungan
Khidmat Pegawai Bomba Bantuan (PBB) adalah satu inisiatif menggalakkan orang awam yang berminat untuk mendaftarkan diri mereka dan sekiranya terpilih, perlu menjalani latihan intensif dalam tugas memadam kebakaran dan menyelamat.
Terkini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang dalam usaha memperluaskan skop tugasan anggota bomba bantuan yang dapat melancarkan operasi ketika dijalankan.
Skop kerja mereka sebelum ini hanya terhad kepada menghadiri operasi pemadaman kebakaran bersama pasukan bomba sepenuh masa dan diperluaskan dengan melaksanakan tugas-tugas selain pemadaman kebakaran antaranya bertugas di bilik kawalan, dan juga akan diturunkan dalam operasi menyelamat.
JUMLAH ELAUN PEGAWAI BOMBA BANTUAN
Elaun yang bakal diterima oleh Pegawai Bomba Bantuan, adalah sebanyak:
- RM8/jam
SYARAT KELAYAKAN PEGAWAI BOMBA BANTUAN
Syarat kelayakan untuk permohonan Pegawai Bomba Bantuan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Bukan anggota Angkatan Tentera Malaysia atau mana-mana angkatan atau skim sukarela yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan
- Sijil Rendah Pelajaran (SRP) atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktirafkan setaraf dengannya oleh Ketua Pengarah
PERMOHONAN PEGAWAI BOMBA BANTUAN
Permohonan Pegawai Bomba Bantuan adalah mengikut negeri yang membuat pengambilan seperti berikut:
Pulau Pinang
- Iklan Pengambilan: https://www.bomba.gov.my/wp
- Borang Permohonan: https://www.bomba.gov.my/borang
- Tarikh Tutup: 30 Januari 2022
Perak
- Iklan Pengambilan: https://www.facebook.com/bomba.perak/
- Borang Permohonan: https://drive.google.com/borang
- Tarikh Tutup: 31 Januari 2022
Terengganu
- Iklan Pengambilan: https://www.bomba.gov.my/jbpm-negeri-terengganu/
- Borang Permohonan: https://www.bomba.gov.my/
- Tarikh Tutup: 1 Februari 2022
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai permohonan Pegawai Bomba Bantuan di pautan berikut:
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.