Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Mohon PenjanaKerjaya MARA 2021 & Semak Syarat Kelayakan Disini

2,806

Ada individu yang berminat untuk bekerja dalam bidang kemahiran serta vokasional kerana ianya menepati minat dan seterusnya ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan menggunakan kemahiran yang telah dipelajari.

Untuk membantu individu seperti ini, pihak kerajaan telah memperkenalkan Skim PENJANA MARA yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 5 Jun 2020 dan ia merupakan kemudahan pembiayaan diperuntukkan kepada kumpulan sasar yang terjejas teruk akibat Covid-19.

Bagi anda yang terjejas pendapatan juga boleh membuat permohonan Program Subsidi Upah PSU 3.0 yang telah dibuka 1 Januari 2021 seperti yang dinyatakan disini.

KUMPULAN SASAR UNTUK SKIM PENJANAKERJAYA MARA

Antara kumpulan sasar yang terjejas dengan pandemik Covid-19 dan digalakkan untuk membuat permohonan Skim PenjanaKerjaya ialah:

  • Belia yang tidak bekerja
  • Pekerja yang dibuang kerja
  • Lepasan sekolah
  • Gelandangan
  • Usahawan teknikal baharu
  • Graduan TVET
  • Komuniti setempat

TUJUAN SKIM PENJANAKERJAYA MARA

Skim PenjanaKerjaya MARA ini ditawarkan adalah dengan tujuan seperti berikut:

  • Memberikan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat Malaysia yang terkesan dengan pandemik Covid-19.
  • Menyediakan latihan kemahiran dan memberikan geran kepada golongan belia.
  • Pengupayaan Digital dan Punca Pendapatan Baharu terutamanya kepada mereka yang hilang pekerjaan dan menganggur.
  • Meningkatkan keyakinan diri dan daya saing

PROGRAM DITAWARKAN UNTUK SKIM PENJANAKERJAYA MARA

Program yang ditawarkan untuk Skim PenjanaKerjaya MARA ialah:

  • Perantisan
  • e-Usahawan
  • Kursus Jangkamasa Pendek
  • Penjagaan Kesihatan & Keselamatan Kebiasaan Baharu

KEMUDAHAN SKIM PENJANAKERJAYA MARA

Anda yang menyertai Skim PenjanaKerjaya MARA akan menerima kemudahan seperti berikut:

  • Pembiayaan kursus
  • Latihan kompetensi
  • Jaminan pekerjaan
  • Peluang menjalankan perniagaan
Nota: Kemudahan ini adalah berbentuk pembiayaan kursus dan latihan kompetensi seterusnya jaminan pekerjaan atau menjalankan perniagaan. Pembiayaan ini merupakan pinjaman boleh ubah dan terikat dengan kontrak perjanjian dalam tempoh masa yang ditetapkan.

CARA PERMOHONAN SKIM PENJANAKERJAYA MARA

Untuk membuat permohonan, anda perlu:

  • Klik pautan berikut: PERMOHONAN SKIM PENJANAKERJAYA MARA
    Cara Mohon PenjanaKerjaya MARA 2021 & Semak Syarat Kelayakan Disini
  • Kemudian isikan maklumat yang diperlukan.
  • Klik PERAKUAN MAKLUMAT dan klik NEXT.
  • Akhir sekali klik SUBMIT untuk menghantar permohonan anda.
Nota: Sekiranya anda tidak dihubungi dalam tempoh 1 bulan dari tarikh permohonan, permohonan dianggap tidak berjaya.
Cara Mohon PenjanaKerjaya MARA 2021 & Semak Syarat Kelayakan Disini

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan Skim PenjanaKerjaya MARA di saluran berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...