Kerajaan sentiasa prihatin dengan nasib para usahawan di negara ini yang terjejas pendapatan akibat Covid-19 sehingga ada yang terpaksa gulung tikar akibat terpaksa menutup perniagaan mereka.
Prihatin dengan nasib usahawan mikro terutamanya, pihak TEKUN Nasional mempelawa para usahawan untuk memohon Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro 2.0 (CBRM 2.0).
Permohonan adalah secara online dan semak syarat kelayakan seperti yang dikongsikan disini.
INFO RINGKAS SKIM PEMBIAYAAN PEMULIHAN PERNIAGAAN MIKRO 2.0 (CBRM 2.0) TEKUN
Isi Kandungan
Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro 2.0 (CBRM 2.0) adalah:
- Pembiayaan kepada usahawan TEKUN sedia ada dan usahawan baharu yang terjejas ekoran pandemik COVID-19 bagi membolehkan mereka kembali beroperasi dan memulihkan semula perniagaan mereka.
JUMLAH PEMBIAYAAN
Jumlah pembiayaan adalah seperti berikut:
- Usahawan baru: RM1,000 hingga RM 10,000
- Usahawan TEKUN sedia ada: RM1,000 hingga RM20,000
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
Syarat kelayakan untuk permohonan Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro 2.0 (CBRM 2.0) adalah seperti berikut:
- Bumiputera / India dan warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun dan ke atas ( tempoh pembiayaan tidak melebihi 65 tahun)
- Mempunyai lesen / permit daripada Pihak Berkuasa Tempatan atau Daftar Perniagaan ( SSM )
- Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam perniagaan yang dijalankan
- Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus atau secara bergerak
- Bebas daripada sebarang tindakan undang-undang dan kebankrapan
- Baki pembiayaan sedia ada tidak melebihi RM 100,000
- Aktiviti yang dijalankan adalah patuh syariah
SEKTOR PERNIAGAAN LAYAK MOHON
Antara sektor perniagaan yang layak untuk mohon Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro 2.0 (CBRM 2.0) ialah:
- Peruncitan
- Perkhidmatan
- Pembuatan
- Kontraktor kecil
- Perniagaan atas talian (online)
- Pertanian
- Perusahaan asas tani
CARA MOHON SKIM PEMBIAYAAN PEMULIHAN PERNIAGAAN MIKRO 2.0 (CBRM 2.0) TEKUN
Usahawan mikro yang ingin memohon Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro 2.0 (CBRM 2.0) boleh dapatkan cara-cara mohon seperti berikut:
- Klik: https://tekunfin.tekun.gov.my/login
- Klik Daftar Akaun
- Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan klik HANTAR.
- Seterusnya Log Masuk dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan seperti yang telah didaftarkan.
- Masukkan maklumat perniagaan anda dan Hantar permohonan anda.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Mikro 2.0 (CBRM 2.0) sila dapatkan disaluran berikut:
- Telefon: 03 9059 8888
- Laman web TEKUN: http://fems.tekun.gov.my/
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.