Mungkin terdapat pelbagai jenis perkataan yang telah anda ciptakan untuk dijadikan kata laluan atau password untuk kegunaan anda seharian.
Tapi apakah cara yang terbaik untuk mencipta kata laluan yang mudah dan selamat untuk digunakan agar tidak menjadi sasaran hackers atau scammer?
Ini 4 cara untuk cipta kata laluan paling selamat buat anda! Jom kita try 5 tips ini.
BAGAIMANA MEMILIH KATA LALUAN?
Isi Kandungan
- Pastikan kata laluan yang digunakan mudah diingati untuk menghindarkan anda menulis atau menyimpan dalam komputer.
- Jangan menggunakan perkataan yang mudah dicari di dalam kamus.
- Sentiasa menggunakan campuran perkataan huruf besar dan kecil, nombor dan bukan aksara abjad.
- Anda juga tidak digalakkan untuk mengitar semula kata laluan dan menggunakan kata laluan yang sama untuk akaun berbeza.
4 CARA MEMASTIKAN KATA LALUAN SELAMAT
4 cara untuk memastikan kata laluan atau password yang anda selamat digunakan adalah:
- Elak penggunaan kata laluan yang mudah diteka seperti nama pasangan, anak, haiwan peliharaan, nombor kereta dan tarikh lahir.
- Jangan sesekali memberitahu kata laluan kepada orang lain. Sekiranya terdapat orang yang menghubungi anda dan meminta kata laluan, anda dinasihatkan agar tidak memberikan butiran peribadi.
- Apabila membeli barangan dalam talian dan menerima e-mel meminta anda mengesahkan kata laluan baharu pastikan anda menukar dengan segera kata laluan berkenaan.
- Periksa sama ada perisian keselamatan Internet sentiasa menyekat cubaan penjenayah siber untuk memintas atau mencuri kata laluan anda.
CARA CIPTA KATA LALUAN
Untuk mencipta kata laluan yang selamat, anda boleh:
1. Letak karakter istimewa ditengah
- Contoh: qrst45**br
2. Cipta kata laluan yang pelik
- Contoh: 4qu$si7aR
3. Kata laluan panjang tetapi tidak rumit
- Contoh: JangankasikPASSWORD34~
SEMAK KATA LALUAN
Anda juga boleh membuat semakan kata laluan sama ada ianya pernah terdedah atau tidak melalui pautan berikut:
Mudah sahaja, masukkan kata laluan anda sebelum guna dan buat semakan.
Selamat mencuba!
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.