Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Contoh Soalan Temuduga: Kenapa Anda Nak Jadi Nurse atau Jururawat?

5,631

Semasa temuduga untuk ke sekolah kejururawatan, anda mungkin ditanya, “Mengapa anda ingin menjadi jururawat?”.

Bersedia untuk menjawab soalan ini kerana ia akan membantu anda untuk mengenal pasti alasan  untuk meneruskan kerjaya dalam bidang ini dan anda merasa lebih yakin untuk memberi jawapan kepada penemuduga.

Bagaimana menjawab “Mengapa anda mahu menjadi jururawat?”

Anda boleh merancang beberapa jawapan yang sesuai sebelum anda ditemuduga. Tulis jawapan anda dan elakkan daripada menghafal supaya jawapan yang diberikan didengari lebih lancar tidak seperti anda sedang membaca skrip.

Berikut adalah beberapa tips untuk menjawab soalan temuduga tersebut :

1. Bersikap Natural Dan Tenang

Elakkan dengan memberi jawapan yang tidak sesuai dengan diri anda semata-mata untuk meyakinkan penemuduga. Renung semula nilai-nilai yang ada pada diri anda dan sebab yang membuatkan anda terdorong untuk menjadi seorang jururawat.

Sekiranya anda tidak pasti, fikirkan jawapan untuk soalan berikut :

  • Apakah perkara yang berkaitan dengan kejururawatan yang membuat anda merasa teruja, gembira atau puas?
  • Bagaimana kaitan kejururawatan dengan kemahiran, nilai atau motivasi anda?
  • Apa yang membuatkan anda berminat dalam bidang kejururawatan sebagai kerjaya?
  • Apakah yang anda ingin capai sebagai jururawat?

2. Berkongsi Kisah Peribadi

Kongsikan kisah peribadi anda iaitu tentang mengapa anda ingin menjadi jururawat. Secara tidak langsung ia memberikan satu pandangan yang unik buat penemuduga tentang diri anda. Ia juga membezakan anda dengan calon lain kerana setiap orang mempunyai latar belakang yang berbeza.

Contohnya, anda mungkin meneruskan kerjaya dalam bidang kejururawatan kerana rakan atau ahli keluarga anda mengalami masalah kesihatan. Mungkin jururawat yang memberi mereka rawatan selama berada di hospital memberi inspirasi kepada anda untuk meneruskan kerjaya dalam bidang kejururawatan.

Tidak kira apa alasan anda untuk menceburkan diri dalam bidang kejururawatan, soalan ini memberi anda peluang untuk mengenal pasti dan menyatakan faktor pendorong dalam kehidupan anda sendiri.

nurse1

3. Ceritakan Pengalaman Anda Sendiri

Terdapat banyak cara jika menggunakan latar belakang dan minat anda ketika menjawab soalan ini. Contohnya, mungkin anda mempunyai minat dari kecil untuk membantu golongan tertentu seperti warga tua atau kanak-kanak. Sekiranya anda mempunyai pengalaman bekerja dengan golongan ini, ceritakan sahaja pengalaman anda. Gunakan pengalaman anda supaya penemuduga mendapat jawapan dan nilai yang mereka inginkan.

Contoh Jawapan

Berikut adalah beberapa contoh jawapan yang boleh anda gunakan ketika ditemuduga.

Contoh 1

“Beberapa tahun yang lalu seorang ahli keluarga yang saya sayangi sakit kritikal dan jururawatnya sangat berkomitmen dalam memberikan bantuan dan rawatan. Cara kerjanya yang sangat profesional dan teratur, menjadi inspirasi buat saya. Jadi ia membuatkan saya mempunyai rasa untuk melakukan perkara yang sama untuk orang lain yang memerlukan khidmat saya.”

Contoh 2

“Semasa di sekolah menengah, saya menjadi sukarelawan di sebuah hospital tempatan dan berkesempatan melihat betapa pentingnya seorang jururawat dalam kehidupan seorang pesakit.. Lama kelamaan, saya merasakan kerja di bidang kejururawatan sangat sesuai dengan minat saya untuk bekerja dan berbakti kepada orang lain.”

Contoh 3

“Saya selalu mendapat motivasi dengan membantu orang lain untuk mencapai matlamat mereka. Bidang kejururawatan menawarkan peluang untuk saya membantu orang lain untuk menjadi lebih sihat. Pekerjaan ini sangat menarik dimana ianya digabungkan dengan peluang pekerjaan yang berpotensi tinggi serta stabil dan mendorong saya untuk meneruskan kerjaya dalam bidang kejururawatan ini. Dan saya juga berharap pekerjaan ini terus berkembang disepanjang kehidupan profesional saya.”

jurruawat

Soalan Temuduga Kejururawatan

Berdasarkan soalan di atas, terdapat beberapa jawapan lain yang boleh anda sediakan sebelum sesi temuduga dijalankan.

Berikut adalah beberapa soalan temuduga yang berkaitan :

  • Apakah aspek kejururawatan yang anda anggap paling bermanfaat?
  • Bagaimana pendidikan dan latihan anda mempersiapkan anda untuk menjadi seorang jururawat?
  • Apa yang paling anda sukai mengenai peranan seorang jururawat?
  • Sejauh mana anda bekerja dalam satu pasukan atau kumpulan?
  • Bagaimana anda merancang untuk sentiasa teratur semasa pertukaran jadual anda?
  • Apakah nilai yang anda anda akan berikan kepada pesakit anda?
  • Bagaimana anda menangani pesakit yang tidak berpuas hati dengan rawatannya?
  • Bagaimana anda mengatasi tekanan di tempat kerja?
  • Adakah anda mengalami konflik dengan rakan sekerja di tempat kerja? Bagaimana anda menyelesaikan masalah ini?
  • Bagaimana anda menangani interaksi dengan doktor?

Tips Persediaan Untuk Temuduga Jururawat

Anda menjadi lebih bersedia dan yakin dengan melakukan persediaan awal sebelum temuduga.

Berikut adalah beberapa tips yang boleh anda gunakan untuk persediaan temuduga yang seterusnya:

Ringkasan Ringkas Diri Anda

Tulis ringkasan mengenai latar belakang, kelayakan dan kekuatan peribadi anda akan membantu anda untuk menjawab soalan seperti, “Ceritakan tentang diri anda.”

Dapatkan Maklumat Hospital 

Dengan mendapatkan seberapa banyak maklumat berkaitan hospital yang bakal ditemuduga,ia dapat membantu anda menjawab soalan seperti, “Mengapa anda mahu bekerja di sini?” .

Ia juga dapat membantu anda untuk menggabungkan kemahiran dan kelayakan anda dengan nilai dan misi organisasi. Lawati portal rasmi dan media sosial rasmi mereka untuk mendapatkan seberapa banyak maklumat.

Persediaan Untuk Perbincangan Gaji

Ia amat membantu sekiranya anda mendapat maklumat lengkap mengenai gaji purata untuk jawatan tersebut dan anda bersedia untuk membincangkannya sekiranya diajukan soalan.

nurse2

Lakukan persediaan dengan baik sebelum temuduga sangat membantu anda untuk mengurangkan tekanan dan sekaligus membina keyakinan diri anda.

Semoga dengan perkongsian ini membantu anda untuk berjaya di dalam bidang yang diinginkan.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...