Sebelum ini, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah mengumumkan bahawa semua urusan pendaftaran kelahiran dan kematian bagi warganegara Malaysia dilanjutkan selama 90 hari sejurus tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan.
Malah, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) juga menyatakan bahawa bayaran penalti turut dikecualikan berikutan PKP yang dijalankan.
Adakah urusan pendaftaran lambat dan lewat kelahiran masih lagi dilanjutkan lagi? Ini jawapannya.
PENDAFTARAN LAMBAT & LEWAT KELAHIRAN
Isi Kandungan
Menurut Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), pendaftaran lambat dan lewat kelahiran dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan DITAMATKAN.
Ini bermakna tiada lagi pengecualian fi penalti selepas ini sekiranya urusan pendaftaran lambat dan lewat kelahiran dilakukan.
TARIKH PENAMATAN PENDAFTARAN LAMBAT & LEWAT KELAHIRAN
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menyatakan bahawa urusan pendaftaran lambat dan lewat kelahiran akan ditamatkan pada:
- 1 Februari 2022
Ia adalah selaras dengan Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 dan pembukaan penuh kepada semua sektor.
PENDAFTARAN LEWAT & LAMBAT KELAHIRAN PKP
Bagi kelahiran kanak-kanak yang berlaku pada/selepas 18 Januari 2020 hingga Januari 2022:
- Pemaklum perlu mendaftarkan kelahiran kanak-kanak di JPN yang berhampiran sebelum 1 Februari 2022.
- Pemaklum boleh hadir secara walk ini ke pejabat JPN.
Bagi pendaftaran kelahiran selepas tarikh diatas pula:
- Akan diadaftarkan dengan pendaftaran lewat kelahiran tertakluk kepada prosedur dan fi yang ditetapkan.
SYARAT PERMOHONAN PENDAFTARAN LEWAT & LAMBAT KELAHIRAN
Permohonan pendaftaran lewat kelahiran hendaklah terdiri daripada kategori individu seperti berikut:
- Ibu dan bapa kanak-kanak.
- Ibu atau bapa dan seorang penganjur yang mengetahui mengenai kelahiran kanak-kanak tersebut. Umur penganjur adalah 10 tahun lebih tua daripada kanak-kanak (jika ibu atau bapa tidak dapat dikesan / meninggal dunia).
- 2 orang penganjur yang mengetahui mengenai kelahiran kanak-kanak tersebut. Umur setiap penganjur adalah 18 tahun dan ke atas dan perbezaan umur sekurang-kurangnya 10 tahun lebih tua daripada kanak-kanak (jika ibu dan bapa tidak dapat dikesan / meninggal dunia).
DOKUMEN SOKONGAN
Sediakan bersama dokumen sokongan berikut untuk mempermudahkan urusan pendaftaran:
- Keputusan Carian JPN.LM14 (bagi kelahiran yang berlaku pada tahun 2002 dan ke bawah) (asal dan salinan).
- Borang Daftar Kelahiran JPN.LM01 yang telah diisi dengan lengkap (asal).
- Borang Pengesahan Kelahiran daripada hospital atau Surat Pengesahan Bidan/Doktor bagi kelahiran di rumah (asal).
- Laporan Polis jika kelahiran berlaku di rumah dan ibubapa kandung kanak-kanak tidak dapat dikesan (asal).
DOKUMEN KANAK-KANAK
- 1 keping gambar penuh terkini kanak-kanak berukuran 4R.
- 1 keping gambar terkini kanak-kanak berlatar belakang warna biru berukuran pasport.
- Kad Kesihatan & Imunisasi Kanak-kanak (asal dan salinan).
- Cabutan Daftar Sekolah atau Sijil Persekolahan beserta pengesahan oleh Guru Besar atau Pengetua Sekolah jika kanak-kanak bersekolah dan berumur tujuh (7) tahun ke atas atau Surat Akuan Kanak-Kanak Tidak Pernah Bersekolah yang diisi oleh Penghulu atau Ketua Kaum atau Ahli Parlimen atau ADUN dalam kawasan di mana kanak-kanak tinggal dan kanak-kanak berumur tujuh (7) tahun ke atas (asal dan salinan).
- Surat Akuan Kelahiran Kanak-kanak oleh Ketua Kampung atau Ketua Kaum atau Ahli Parlimen atau ADUN dalam kawasan kelahiran kanak-kanak berlaku bagi kelahiran berlaku di rumah (asal).
DOKUMEN IBU DAN BAPA
- Kad Pengenalan atau Pasport atau Sijil Kelahiran atau Sijil Kematian (asal dan salinan).
- Dokumen Perkahwinan atau Perceraian (asal dan salinan).
- 1 keping gambar terkini ibu dan bapa berlatar belakang warna biru berukuran pasport.
- Kad Pranatal (Buku Rawatan Mengandung) atau Kad Rawatan Semasa Ibu Mengandung (asal dan salinan).
DOKUMEN ADIK BERADIK
- Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan adik-beradik kanak-kanak (salinan).
- 1 keping gambar terkini adik-beradik berlatar belakang warna biru berukuran pasport.
- Borang Maklumat Keluarga BMK81 dan BMK81A (asal).
DOKUMEN PENGANJUR
- Kad Pengenalan atau Pasport atau Kad UNHCR (asal dan salinan).
- Borang Akuan AM 80 bagi penganjur yang mengetahui tentang kelahiran kanak-kanak (asal).
DOKUMEN SAKSI
- Kad Pengenalan atau Pasport atau Kad UNHCR (asal dan salinan).
- Surat Akuan Saksi yang mengetahui mengenai kelahiran kanak-kanak–jika kelahiran berlaku di rumah (asal).
DOKUMEN TAMBAHAN
- Surat Akuan (SA81) (asal).
- Bil Utiliti (bil air/bil elektrik/bil astro/bil telefon)
ANAK DIJUMPAI TERDEDAH (ANAK ANGKAT / ANAK JAGAAN)
- Laporan Polis sekiranya ibu kandung tidak dapat dikesan (asal dan salinan).
- Hak Penjagaan Sementara Dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) jika ada (asal dan salinan).
- Perintah Mahkamah Juvana jika berkaitan (asal dan salinan)
BAYARAN PENALTI
Bayaran yang akan dikenakan sekiranya lewat daftar kelahiran adalah sebanyak:
- RM50.00
Sekiranya anda ingin daftarkan anak yang baru lahir dengan segera secara online, klik pautan dibawah untuk ketahui caranya.
Selepas ini tak ada masalah lagi ya kalau nak daftarkan kelahiran anak anda. Sediakan dokumen yang diperlukan dan ikuti langkah-langkah yang dikongsikan ini ya!
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.