Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Permohonan Daftar Anak Darjah 1 Tahun 2021-2022

0 2,794

Permohonan Daftar Anak Darjah 1 Tahun 2021-2022 ini dikhaskan untuk ibu-bapa yang mempunyai anak-anak yang bakal memasuki Darjah 1 tahun depan.

Ibu-bapa atau penjaga mestilah membuat pendaftaran online Tahun 1 ambilan 2021~2022 bagi membolehkan anak-anak daftar masuk ke Tahun 1 tahun hadapan.

PERMOHONAN ONLINE KEMASUKAN TAHUN 1 SELURUH NEGERI MALAYSIA AMBILAN 2021 / 2022

Sistem Daftar Anak Tahun 1 ini hanya akan aktif pada tarikh yang telah ditetapkan sahaja. Manakala, permohonan perlu dilakukan melalui sistem Aplikasi Permohonan Ke Tahun 1 di laman sesawang rasmi KPM.

Jadi, anda perlu alert dengan hebahan terkini dari KPM untuk melancarkan proses pendaftaran anak anda ke Tahun 1 nanti.

Pendaftaran permohonan murid ke tahun ambilan 2021 dan 2022 boleh dibuat oleh ibubapa / penjaga yang mempunyai anak / jagaan mengikut tarikh kelahiran seperti di bawah.

Di bawah merupakan panduan ringkas Permohonan Daftar Anak Darjah 1 Tahun 2021-2022. Anda boleh jadikan info pendaftaran di bawah sebagai rujukan permohonan pendaftaran secara online kemasukan murid ke Tahun Satu Sekolah Rendah Kerajaan bagi seluruh negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak & WP Labuan sesi 2021-2022.

TAHUN KELAHIRAN UNTUK PENDAFTARAN SESI PERSEKOLAHAN 2021/2022
💡Kemasukan Tahun 2021 💡Kemasukan Tahun 2022
👪Kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2014 hingga 1.1.2015 👪Kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2015 hingga 1.1.2016
TARIKH PERMOHONAN PENDAFTARAN TAHUN 1 AMBILAN 2021/2022
💡Pendaftaran Darjah 1 Dibuka 💡Pendaftaran Darjah 1 Ditutup
📅1 Mac 2020 📅30 April 2020
  • Pendaftaran lewat akan dibuka dari 1 Mei 2020 sehingga tarikh tutup pada 25 Disember 2020
  • Bagi yang daftar lewat kelahiran dan pendaftaran secara online tidak dapat dilakukan, ibu bapa di minta membuat pendaftaran secara manual di PPD kawasan masing-masing selepas 15 Disember 2020 dengan mengisi borang ASBS.
  • Bagi permohonan tahun 1/2021 untuk murid tanpa dokumen,mohon mendaftar di PPD melalui borang MWTD selepas 15 Disember 2020
CARA MEMBUAT PERMOHONAN PENDAFTARAN TAHUN 1

Untuk membuat pendaftaran anda boleh rujuk pautan pendaftaran yang disediakan di bawah. Bagi memudahkan urusan pendaftaran anda, pihak kami juga sediakan manual pendaftaran & FAQ sebagai rujukan.

🗒️Permohonan Online
🔖Panduan
Tarikh Permohonan Daftar Anak Darjah 1 Tahun 2021-2022
Ibu bapa yang juga pengguna pertama kali Sistem SPATKPM perlu membuat pendaftaran kali pertama ke dalam sistem.
Pastikan anda Daftar Pengguna Baru untuk akaun sendiri bagi membolehkan sistem berkenaan dapat diakses sepenuhnya sebelum dapat membuat permohonan untuk anak jagaan ke tahun 1
ADUAN MASALAH PENGGUNAAN APLIKASI SISTEM PENDAFTARAN ATAS TALIAN (SPAT)
ℹ️Aduan Masalah Teknikal
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 4, Blok E2, Kompleks E, 62604 PUTRAJAYA.
Unit ICT.
E-mel : [email protected]
ℹ️Pertanyaan Lanjut Permohonan Ke Tahun 1
Sila rujuk kepada Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.
ℹ️Pertanyaan mengenai Sistem SPATKPM
E-mel: [email protected]
TINDAKAN IBUBAPA / PENJAGA
Ibubapa yang telah berjaya membuat pendaftaran dan permohonan secara atas talian dengan mengisi butiran diperlukan dalam Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM) serta mencetak bukti permohonan online berkenaan perlu hadir ke pejabat sekolah yang dipohon dalam tempoh pendaftaran dibuka iaitu 1 Mac 2020 untuk perakuan permohonan dan penghantaran dokumen
Sila bawa bersama dokumen berkaitan / dokumen yang mana berkenaan seperti berikut (dokumen yang diperlukan tertakluk kepada pentadbiran sekolah negeri yang dipohon)
  • Sijil lahir anak berkenaan (asal dan 1 satu salinan)
  • Kad pengenalan ibu bapa / penjaga (asal dan 1 salinan bagi kedua-dua ibu bapa)
  • Surat nikah / surat cerai (asal dan 1 salinan)
  • (Bukti alamat tinggal) salinan bil elektrik / bil air / cukai pintu / perjanjian jual beli bulan Januari atau Februari (yang terkini) – sah laku sehingga anak tuan / puan masuk tahun 1
  • Sampul surat bersaiz standard dan setem (saiz sampul surat dan harga setem ditentukan oleh pengurusan sekolah negeri dipohon)
  • Laporan doktor dan kad OKU (jika berkaitan)
  • Cetakan borang permohonan online
Sila rujuk dengan pengurusan sekolah yang dipohon atau dalam senarai semak permohonan online bagi mendapatkan keterangan lanjut berkaitan dokumen yang diperlukan.
KEPUTUSAN PERMOHONAN PENDAFTARAN MURID TAHUN 1
  • Semakan keputusan / status permohonan dijangka boleh dibuat bermula tarikh Ogos 2020 melalui sistem aplikasi yang sama. Bagi yang berjaya perlu mencetak Surat Penempatan dan hantar ke sekolah berkenaan (bawa sijil lahir asal kanak-kanak)
  • Bagi permohonan yang tidak berjaya boleh membuat permohonan Rayuan Penempatan Semula melalui sistem aplikasi yang sama bermula Ogos 2020 (tarikh yang tepat akan dikemaskini). Rayuan hanya boleh dibuat melalui sistem sahaja dan keputusan juga melalui sistem. Tiada rayuan secara manual boleh dilakukan
  • Semakan keputusan rayuan dijangka boleh di buat bermula Oktober 2020
  • Tarikh semakan keputusan permohonan adalah tertakluk kepada sebarang pindaan semasa. Sebarang maklumat terkini akan dikemaskini kemudian. Harap maklum
BACA JUGA:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...