Nak mohon kerja dan hantar resume tetapi sayangnya resume anda tidak ada aktiviti luar yang terkini.
Nampak macam anda tidak aktif dengan masyarakat dan dunia luar pun iye jugakkan?
Kalau begitu, apa kata anda daftar diri dalam aktiviti sukarelawan MySukarela dan bolehlah anda ikuti aktiviti yang dianjurkan ini.
APA ITU MYSUKARELA?
Isi Kandungan
MySukarela diwujudkan untuk:
- Menghubungkan para sukarelawan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga golongan yang ingin menyumbang bantuan atau menderma keperluan untuk apa jua aktiviti serta krisis kemanusiaan di Malaysia.
Selain itu, melalui MySukarela juga para penganjur boleh mengiklankan aktiviti dan berhubung terus dengan sukarelawan yang diperlukan di samping menyediakan panduan atau insentif khas seperti video latihan, elaun, sijil dan sebagainya.
SYARAT KELAYAKAN
Jika anda benar-benar berminat untuk menyertai aktiviti sukarelawan melalui MySukarela, anda boleh membuat pendaftaran terlebih dahulu.
Namun, pastikan anda memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Syarat-syarat yang ditetapkan untuk menyertai MySukarela ialah:
- Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas.
- Sihat tubuh badan.
- Mampu memberikan komitmen, bertanggungjawab serta amanah dan jujur dalam melaksanakan tugasan yang diberikan mengikut keperluan ketika menyertai acara yang ditetapkan oleh penganjur.
CARA MOHON
Cara mohon untuk mendaftar sebagai sukarelawan di MySukarela adalah sangat mudah. Ikuti sahaja langkah-langkah yang dikongsikan ini.
- Klik masuk ke pautan ini: https://mysukarela.com/
- Juga boleh mendaftar di di Google Play untuk peranti Android dan Apple App Store
- Masukkan alamat emel dan klik Create An Account
- Isikan maklumat yang diperlukan pada borang pendaftaran
- Seterusnya pilih aktiviti, tarikh, masa dan lokasi yang sesuai untuk menjadi sukarelawan.
- Apabila anda dipanggil untuk menjadi sukarelawan, pastikan anda melapor diri 30 minit awal kepada penganjur.
AKTIVITI DI MYSUKARELA
Para sukarelawan yang berdaftar dengan MySukarela akan melakukan aktiviti-aktiviti seperti berikut:
- Pusat panggilan.
- Pusat pemberian vaksin.
- Pusat penyediaan dan penghantaran bahan keperluan asas dan makanan.
Selepas ini boleh update resume anda dengan aktiviti yang terkini dan rujuk pautan ini untuk ketahui cara-cara yang betul untuk update resume mohon kerja anda.
- Check Semula, Resume Anda Ada 4 Ciri Ini Tak? Kalau Tak Ada, Tolong Update Ya!
- Lepasan Graduan, Letak 3 Orang Ini Sebagai Reference Dalam Resume
- Maklumat Apa Nak Letak Pada Muka Depan Resume Fresh Graduate & Pekerja Berpengalaman?
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Orang ramai yang berminat untuk sertai MySukarela sebagai sukarelawan, sila hubungi Malaysian Red Crescent Society (MRCS) disaluran berikut:
- 03-2143 8122
- [email protected]
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.