Tambahkan Aktiviti Sukarelawan Dalam Resume Dengan Sertai MySukarela. Daftar Disini!

Nak mohon kerja dan hantar resume tetapi sayangnya resume anda tidak ada aktiviti luar yang terkini.

Nampak macam anda tidak aktif dengan masyarakat dan dunia luar pun iye jugakkan?

Kalau begitu, apa kata anda daftar diri dalam aktiviti sukarelawan MySukarela dan bolehlah anda ikuti aktiviti yang dianjurkan ini.

APA ITU MYSUKARELA?

MySukarela diwujudkan untuk:

  • Menghubungkan para sukarelawan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga golongan yang ingin menyumbang bantuan atau menderma keperluan untuk apa jua aktiviti serta krisis kemanusiaan di Malaysia.

Selain itu, melalui MySukarela juga para penganjur boleh mengiklankan aktiviti dan berhubung terus dengan sukarelawan yang diperlukan di samping menyediakan panduan atau insentif khas seperti video latihan, elaun, sijil dan sebagainya.

SYARAT KELAYAKAN

Jika anda benar-benar berminat untuk menyertai aktiviti sukarelawan melalui MySukarela, anda boleh membuat pendaftaran terlebih dahulu.

Namun, pastikan anda memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Syarat-syarat yang ditetapkan untuk menyertai MySukarela ialah:

  • Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas.
  • Sihat tubuh badan.
  • Mampu memberikan komitmen, bertanggungjawab serta amanah dan jujur dalam melaksanakan tugasan yang diberikan mengikut keperluan ketika menyertai acara yang ditetapkan oleh penganjur.

CARA MOHON

Cara mohon untuk mendaftar sebagai sukarelawan di MySukarela adalah sangat mudah. Ikuti sahaja langkah-langkah yang dikongsikan ini.

Tambahkan Aktiviti Sukarelawan Dalam Resume Dengan Sertai MySukarela. Daftar Disini!

  • Masukkan alamat emel dan klik Create An Account
  • Isikan maklumat yang diperlukan pada borang pendaftaran
  • Seterusnya pilih aktiviti, tarikh, masa dan lokasi yang sesuai untuk menjadi sukarelawan.
  • Apabila anda dipanggil untuk menjadi sukarelawan, pastikan anda melapor diri 30 minit awal kepada penganjur.

AKTIVITI DI MYSUKARELA

Para sukarelawan yang berdaftar dengan MySukarela akan melakukan aktiviti-aktiviti seperti berikut:

  • Pusat panggilan.
  • Pusat pemberian vaksin.
  • Pusat penyediaan dan penghantaran bahan keperluan asas dan makanan.

Tambahkan Aktiviti Sukarelawan Dalam Resume Dengan Sertai MySukarela. Daftar Disini!

Selepas ini boleh update resume anda dengan aktiviti yang terkini dan rujuk pautan ini untuk ketahui cara-cara yang betul untuk update resume mohon kerja anda.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Orang ramai yang berminat untuk sertai MySukarela sebagai sukarelawan, sila hubungi Malaysian Red Crescent Society (MRCS) disaluran berikut:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.