Cara Daftar Online Murid Darjah 1 Tahun 2021 / 2022. Ibu Bapa, Sila Alert

Sudahkah anda membuat pendaftaran anak anda untuk kemasukan darjah 1 bagi tahun 2021 / 2022? Jika belum, anda boleh mendaftarkan anak-anak anda secara online sahaja.

Anak-anak yang boleh membuat pendaftaran secara online adalah anak-anak yang lahir pada tahun 2014 dan kini berumur 6 tahun pada tahun ini.

Teruskan membaca perkongsian ini untuk dapatkan cara membuat pendaftaran secara online bagi Murid Tahun 1 2021 / 2022.

SYARAT KEMASUKAN MURID TAHUN 1

Terdapat 2 syarat kemasukan murid iaitu untuk Tahun 1 2021 dan Tahun 1 2022. Syarat nya adalah seperti berikutL

  • Murid Tahun 1 2021: Kanak-Kanak yang lahir pada 2 Januari 2014 sehingga 1 Januari 2015
  • Murid Tahun 1 2022: Kanak-Kanak yang lahir pada 2 Januari 2015 sehingga 1 Januari 2016

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 2021 / 2022

Sebenarnya pendaftaran murid Tahun 1 bagi tahun 2021 / 2022 secara online telah dibuka pada 1 Mac lalu dan akan ditutup pada:

  • 15 Disember 2020

Pendaftaran murid Tahun 1 2012 / 2022 secara manual akan dibuka pada:

  • Selepas 15 Disember 2020

CARA MEMBUAT PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 2021 / 2022

1. Permohonan ini dibuka secara online. Ianya adalah terbuka untuk permohonan seluruh Malaysia termasuklah Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

2. Pendaftaran ini telah pun dibuka bermula 1 Mac 2020 yang lalu. Klik pautan ini https://public.moe.gov.my untuk pendaftaran anak anda.

3. Cetak segala borang yang telah siap diisi bersama dokumen yang diperlukan ke skolah yang dipohon.

 

Cara Daftar Online Murid Darjah 1 Tahun 2021 / 2022. Ibu Bapa, Sila Alert

DOKUMEN SOKONGAN PENDAFTARAN ONLINE MURID TAHUN 1 2021 / 2022

Antara dokumen sokongan yang diperlukan untuk melengkapkan pendaftaran ialah:

  • Sijil lahir anak (salinan + asal)
  • Kad pengenalan ibu bapa (salinan + asal)
  • Surat nikah / cerai (salinan+asal)
  • Bil yang mempunyai alamat tempat tinggal anda
  • Sampul surat standard dan setem
  • Laporan doktor dan kad OKU jika berkaitan
  • Semua dokumen salinan perlulah disahkan sebelum dihantar ke sekolah
Nota: Anda perlu alert dengan tarikh semakan status permohonan. Jika permohonan anda berjaya, anda boleh proses ke no 3 dan 4. Jika tidak anda perlu untuk membuat rayuan dengan segera.

PERINGATAN & RAYUAN PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 2021 / 2022

  • Selepas selesai mengisi, pastikan ibu bapa mencetak borang dan bawa dokumen seperti yang dinyatakan di dalam sistem ke sekolah untuk membuat pengesahan dalam tempoh 14 hari.
  • Rayuan hanya boleh dibuat melalui  sistem sahaja dan keputusan juga melalui sistem yang disediakan Kementerian Pendidikan Malaysia.
  • Tiada rayuan secara manual.
  • Bagi yang lewat mendaftar kelahiran dan pendaftaran secara online tidak dapat dilakukan, ibu bapa diminta hadir ke PPD untuk mendaftar secara manual selepas 14 Disember 2020 dengan mengisi borang ASBS.
  • Bagi permohonan daftar Murid Tahun 1/ 2021 tanpa dokumen, sila hadir ke PPD dan buat pendaftaran mellaui borang MWTD selepas 15 Disember 2020.

Cara Daftar Online Murid Darjah 1 Tahun 2021 / 2022. Ibu Bapa, Sila Alert

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.