Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Tebus Data Internet Percuma 1GB Setiap Hari

2,015

Sudahkah anda membuat penebuasan data internet percuma 1GB setiap hari yang telah diumumkan melalui Program Jaringan Prihatin yang lalu? Malah, melalui Bantuan Khas Kewangan PERMAI juga, Perdana Menteri mengumumkan bahawa inisiatif data internet percuma 1GB ini akan dilanjutkan sehingga April 2021.

Rujuk: Internet 1GB Percuma Lanjut Sehingga April 2021 Turut Dinikmati Pelajar IPT

Pemberian data percuma ini merupakan lanjutan dari sebahagian inisiatif PENJANA yang mula diperkenalkan pada Jun 2020 dan anda boleh menikmatinya sehingga 30 April 2021.

SYARIKAT TELEKOMUNIKASI YANG TERLIBAT DATA INTERNET PERCUMA 1GB

Antara syarikat telekomunikasi yang terlibat dengan data internet percuma 1GB ialah:

  • Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi)
  • U Mobile Sdn Bhd (U Mobile)
  • Celcom Axiata Berhad (Celcom)
  • Maxis Berhad (Maxis & Hotlink)
  • Tunetalk
  • Onexox

CARA MEMBUAT PENEBUSAN DATA INTERNET PERCUMA 1GB

DIGI

Bagi pengguna DIGI, anda perlu lihat langkah dibawah untuk membuat penebusan data internet percuma 1GB seperti berikut:

  • Pascabayar: Dail UMB * 238 * 1 * 1 # / Aplikasi MyDigi dan klik Rewards
  • Prabayar: Dail UMB * 338 * 1 * 1 # / *128#

Rujuk: https://community.digi.com.my/

Cara Tebus Data Internet Percuma 1GB Setiap Hari Program Jaringan Prihatin

UMOBILE

Manakala bagi pengguna UMobile pula, anda hanya perlu membuat pendaftaran untuk penebusan data internet percuma 1GB sekali sahaja dan data internet percuma tersebut akan diterima setiap hari secara automatik.

Untuk membuat penebusan, anda hanya perlu lakukan seperti berikut:

  • Prabayar: *118*6*7# 
  • Pascabayar: *118*6*7# 

CELCOM

Pengguna Celcom tidak perlu membuat penebusan data internet percuma 1GB kerana ianya akan diberikan terus ke akaun pengguna secara automatik.

Namun data internet percuma 1GB ini tidak boleh digunakan untuk sosial media, video streaming, bermain game dan streaming muzik.

Rujuk: https://www.celcom.com.my/personal/covid-19-support

Cara Tebus Data Internet Percuma 1GB Setiap Hari Program Jaringan Prihatin

MAXIS & HOTLINK

Untuk pelanggan Maxis, anda perlu membuat penebusan data internet percuma 1GB seperti berikut:

  • Aplikasi MyMaxis: Klik GET MORE DATA, klik TIME BASED PASS dan klik FREE 1GB DAY PASS
  • Aplikasi MyMaxis Biz: Klik GET MORE DATA, klik TIME BASED PASS dan klik FREE 1GB DAY PASS
  • Aplikasi Hotlink RED: Klik pada banner utama, klik FREE 1GB DAY PASS dan aktifkan data menerusi tab SHOP.
  • Aplikasi Hotlink Flex: Klik GET MORE DATA, klik TIME BASED PASS dan klik FREE 1GB DAY PASS
  • Dail  *100# bagi Maxis / *868# bagi Hotlink

Cara Tebus Data Internet Percuma 1GB Setiap Hari Program Jaringan Prihatin

TUNETALK

Pelanggan Tunetalk boleh membuat penebusan satu kali sahaja dan akan terima data internet percuma 1GB setiap hari seperti berikut:

  • Akaun anda perlu aktif dengan kredit tambahan sebanyak 20%
  • Sms STAYHOME dan hantar ke nombor 2222

Atau

  • Tebus melalui Aplikasi Tune Talk
  • Klik PRODUCTIVITY 1GB dan klik 1GB 

Cara Tebus Data Internet Percuma 1GB Setiap Hari Program Jaringan Prihatin

ONEXOX

Bagi pengguna talian Onexox pula, penebusan perlu dilakukan menerusi:

  • Aplikasi Onexox Black

Cara Tebus Data Internet Percuma 1GB Setiap Hari Program Jaringan Prihatin

  • Dail *150#

Cara Tebus Data Internet Percuma 1GB Setiap Hari Program Jaringan Prihatin

Sebarang perubahan dan maklumat lanjut, sila hubungi syarikat telekomunikasi masing-masing.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...