Jangan berebut kerana semua rakyat Malaysia akan mendapat vaksin sepertimana yang telah dijanjikan oleh Kerajaan Malaysia. Terdapat 5 kaedah untuk membuat pendaftaran vaksinasi Covid-19 dan paling mudah mendaftar melalui aplikasi MySejahtera.
Antara kaedah untuk membuat pendaftaran vaksinasi Covid-19 ialah:
- Laman web
- MySejahtera
- Talian hotline
- Fasiliti kesihatan
- Outreach
Rujuk: 5 Kaedah Pendaftaran Vaksinasi Covid-19 Guna MySejahtera
JUMLAH DENDA POTONG BARISAN VAKSINASI
Isi Kandungan
Jumlah denda yang dikenakan adalah sebanyak:
- RM10,000 maksimum
Tindakan boleh diambil dengan arahan Ketua Pengarah Kesihatan di bawah Seksyen 21A – Arahan Ketua Pengarah.
Selain itu, ia termaktub dalam Seksyen 31 Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021, yang berkuat kuasa mulai 11 Mac ini.
CARA DAFTAR VAKSINASI COVID-19 MELALUI APLIKASI MYSEJAHTERA
Untuk mendaftar terima vaksin melalui MySejahtera, sila ikut langkah-langkah berikut:
Rujuk: Ini Cara Buat Pendaftaran Vaksinasi Covid-19 Guna MySejahtera
TEMPOH TEMUJANJI PENDAFTARAN VAKSINASI
Temu janji akan diberikan secara berperingkat selaras dengan fasa yang telah dikenalpasti bagi seseorang individu.
Penerima vaksin akan mendapat pengesahan tarikh dan lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dua minggu sebelum tarikh yang ditetapkan.
Penerima vaksin akan mendapat pengesahan tarikh dan lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dua minggu sebelum tarikh yang ditetapkan. Dalam tempoh dua minggu ini, penerima vaksin akan diberi peringatan sama ada melalui aplikasi MySejahtera, panggilan telefon atau SMS.
TEMPOH PELAKSANAAN PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN MENGIKUT FASA
Tempoh pelaksaan adalah mengikut fasa seperti berikut:
- FASA PERTAMA: Hujung Februari hingga April 2021
- FASA KEDUA: April hingga Ogos 2021
- FASA KETIGA: Mei 2021 hingga Februari 2022
Baca juga: 3 Fasa Pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Bermula Akhir Februari
GARIS PANDUAN PENETAPAN SENARAI BARISAN PETUGAS HADAPAN BAGI PROGRAM IMUNISASI COVID-19 KEBANGSAAN
Dapatkan garis panduan penetapan senarai barisan petugas hadapan bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan seperti berikut:
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.