Cara Dapatkan Diskaun 20% Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang

Ini benar-benar berita baik kepada pelajar yang telah membuat pinjaman pendidikan melalui Yayasan Pahang!

Mengapa? Ini kerana Yayasan Pahang akan membantu peminjam pendidikan Yayasan Pahang untuk membuat bayaran balik dengan tawaran diskaun sebanyak 20% mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.

Malah, terdapat pelbagi jenis cara untuk membuat pembayaran semula Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang mengikut perkongsian ini.

INFO RINGKAS DISKAUN 20% BAYARAN BALIK PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN PAHANG

Kerajaan Negeri melalui Yayasan Pahang juga komited untuk membantu meringankan beban pinjaman pendidikan dengan menawarkan pelbagai program bantuan bayaran balik pinjaman dengan harapan dapat membantu anak pahang untuk terus fokus membina kerjaya.

Kempen diskaun 20% ini ditawarkan kepada peminjam yang menyelesaikan bayaran secara sekaligus ke atas baki pinjaman termasuk baki caj-caj lain. Tiada had baki pinjaman.

TEMPOH KEMPEN DISKAUN 20% BAYARAN BALIK PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN PAHANG

Peminjam boleh membuat pembayaran dengan diskaun sebanyak 20% bermula:

  • Januari 2022 hingga Mac 2022.

SEMAKAN BAYARAN BALIK

Sebelum anda membuat bayaran balik pinjaman, anda boleh membuat semakan baki terlebih dahulu dipautan berikut:

Cara Dapatkan Diskaun 20% Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang

  • Masukkan ID PENGGUNA dan masukkan KATA LALUAN. Klik masuk dan lihat baki bayaran pinjaman anda.

KAEDAH BAYARAN BALIK PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN PAHANG

Terdapat beberapa kaedah untuk bayaran balik Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang iaitu:

  1. Tunai/Debit Card/ Kredit Card: Pembayaran dikaunter
  2. Kiriman Wang/Wang Pos/Cek/Bank Draf: Hendaklah ditulis di atas nama TABUNG PENDIDIKAN DAN KEBAJIKAN YAYASAN PAHANG. Sila tuliskan nama, nombor kad pengenalan, rujukan pinjaman dan alamat di belakangnya.
  3. Potongan gaji: Mengisi borang potongan gaji yang boleh didapati di Yayasan Pahang. Pihak Yayasan Pahang akan menguruskan urusan pemotongan gaji.
  4. Perbankan Internet: Bayaran balik pinjaman secara online di Maybank, CIMB, Pos Malaysia Berhad, JomPAY dan Pahang Go.
  5. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP): Hubungi Unit Bayaran Balik Yayasan Pahang dan KWSP bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai pengeluaran simpanan akaun 2 KWSP untuk menyelesaikan baki pinjaman pendidikan Yayasan Pahang.

Cara Dapatkan Diskaun 20% Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang

Nota: Hubungi Yayasan Pahang bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai kaedah bayaran yang boleh dilakukan untuk dapatkan diskaun 20%.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai diskaun 20% Pinjaman Pendidikan Yayasan Pahang sila hubungi:

  • 09-5181800/09-5181898/09-5181886/09-5181883/09-5181820
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.