Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Diskaun Saman Trafik 60% Dalam Negeri Melaka. Jom Setelkan Saman!

1,355

Tahu kan, saman trafik boleh menyebabkan anda semua tak boleh nak renew roadtax kenderaan masing-masing kalau anda tak buat pembayaran saman?

Kalau ada saman tu, bolehlah setelkan siap-siap sebelum harganya dinaikkan dari semasa ke semasa. Boleh je buat pembayaran saman melalui portal My Bayar Saman dari PDRM.

Bagi warga Melaka pula, boleh setelkan saman trafik masing-masing dengan diskaun sehingga 60% tau! Bila dan dimana? Dapatkan info seterusnya disini.

TARIKH DISKAUN 60% SAMAN TRAFIK MELAKA

Nak setelkan saman trafik dengan diskaun sehingga 60%? Anda semua boleh buat pembayaran saman trafik negeri Melaka mulai tarikh berikut:

  • 9 hingga 15 November 2021

Pembayaran saman trafik adalah sehingga 60% diskaun seperti yang telah dinyatakan oleh PDRM Melaka.

TUJUAN DISKAUN SAMAN TRAFIK 60%

Mengapa PDRM Melaka memberi diskaun saman trafik sehingga 60%? Ia adalah:

  • Bersempena dengan sambutan Hari Deepavali dan menyantuni rakyat negeri Melaka.

JENIS SAMAN TRAFIK DAPAT DISKAUN 60%

Hanya terdapat beberapa jenis saman trafik sahaja yang akan mendapat diskaun sehingga 60% kecuali:

  • Tidak Patuh Lampu Isyarat Merah (2021)
  • Lorong kecemasan (2021)
  • Potong Secara Merbahaya (2021)
  • Potong Di Garisan Berkembar (2021)
  • Dalam Pembicaraan (M)
  • Tidak Boleh Dikompaun (NC)
  • Kesalahan Berkaitan Lori
  • Pengubahsuaian Ekzos

Namun, diingatkan kepada semua bahawa diskaun saman trafik 60% ini hanya tertakluk di negeri Melaka sahaja.

CARA PEMBAYARAN

Tiada pembayaran secara online dan anda hanya perlu setelkan pembayaran saman trafik anda secara:

  • Hadir ke Kaunter Semakan dan Bayaran Saman Trafik Kontinjen Negeri Melaka.

Diskaun Saman Trafik 60% Dalam Negeri Melaka. Jom Setelkan Saman!

Oleh itu, rakyat Negeri Melaka jangan lepaskan peluang yang disediakan ini dan setelkan semua saman trafik untuk kemudahan anda di masa akan datang.

Selain itu, seluruh rakyat Malaysia juga diingatkan untuk membuat pembaharuan lesen memandu dan roadtax kenderaan masing-masing sebelum 31 Disember 2021 ini ya! Jangan lambat, nanti kena saman pula.

Rujuk: Jangan Lupa Ya! Renew Lesen Memandu & Road Tax Kenderaan Sebelum 31 Disember 2021

Diskaun Saman Trafik 60% Dalam Negeri Melaka. Jom Setelkan Saman!

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...