Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Doa Menyambut Ramadan Yang Boleh Diamalkan Ketika Menyambut 1 Ramadan

2,297

Tahukah anda bahawa terdapat doa khusus yang akan dibacakan untuk menyambut bulan Ramadan?

Bagi anda yang belum pernah mengamalkan bacaan doa untuk menyambut Ramadan, boleh berbuat demikian dengan mendapatkan doa tersebut melalui perkongsian ini.

Anda juga boleh mendapatkan niat berpuasa di bulan Ramadan sama ada untuk satu hari atau sebulan di bulan Ramadan untuk panduan anda melalui pautan berikut:

BERPUASA DI BULAN RAMADAN

Daripada Abu Hurairah RA lagi bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Apabila sampai bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga semua dibuka, pintu-pintu neraka pula ditutup dan diikat serta dibelenggu syaitan dan iblis.

(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Huraian Hadith :

  • Ramadhan merupakan bulan yang paling banyak mempunyai kelebihannya bagi orang yang berpuasa, antaranya ialah :
    a) Semua pintu syurga dibuka dan orang yang telah meninggal dunia dihentikan azab mereka buat sementara.
    b) Pintu-pintu neraka pula ditutup, oleh itu orang yang mati dibulan puasa terlepas daripada azab kubur.
    c) Pada bulan puasa juga dirantai serta dibelenggu syaitan dan iblis daripada mengganggu dan menggoda orang yang berpuasa.
  • Digalakkan orang yang berpuasa agar berlumba-lumba membuat kebajikan dan kebaikan, kerana setiap kebaikan akan diberi ganjaran pahala yang berganda-ganda.

Sumber : Kitab Riyadhus Salihin (e-hadith JAKIM)

Doa Menyambut Ramadan Yang Boleh Diamalkan Ketika Menyambut 1 Ramadan

DOA SAMBUT RAMADAN

Terdapat 4 jenis doa yang dikongsikan untuk diamalkan ketika menyambut Ramadan iaitu:

DOA 1

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيْمِ الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَرَبِّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ الْمَلِكِ الْقُدُّوْسِ السَّلاَمِ الْمُؤْمِنِ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، الأَمِيْنِ المَبْعُوْثِ رَحْمَةً لِلْعَالَمِيْنَ.

Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu pemeliharaan dan keamanan dalam memasuki bulan Ramadan yang akan menjelang tidak lama lagi. Bersempena Majlis Sambutan Ketibaan Bulan Ramadan pada kali ini, kami menadah tangan dengan penuh pengharapan dan rendah diri agar kami dikurniakan kesihatan dan kekuatan, jiwa yang tenang dan tenteram. Hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab, tekad dan azam yang tinggi untuk terus berjaya serta dapat menjalankan tugas sebagai hamba-Mu ya Allah.

Ya Allah, bantulah kami dalam menjalankan urusan agama kami, elokkanlah urusan dunia kami, yang padanya tempat kami mencari kehidupan. Elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat kami akan kembali untuk selama-lamanya. Jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami, dan jadikanlah kematian kami sebagai ketenangan kepada kami dari segala kejahatan. Sesungguhnya kami ingin kembali kepada-Mu dengan jiwa yang tenang.

Ya Allah, berkatilah kami, rahmatilah kami dan tekunkanlah kami dalam melaksanakan ibadah puasa Ramadan yang bakal tiba nanti. Perbaikilah segala keadaan dan akhlak kami serta segala amal kami dalam berpuasa Ramadan. Panjangkanlah usia kami dengan keberkatan Ramadan. Perbaikilah akhlak kami dengan ketibaan Ramadan. Jadikanlah puasa kami mengikut segala puasa yang dilakukan oleh Nabi kami, Nabi Muhammad S.A.W.

Ya Allah, pertemukanlah kami dengan Ramadan yang bakal menjelang tidak lama lagi. Kurniakanlah kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati, kekuatan dan kesabaran dalam menempuh dugaan di sepanjang bulan Ramadan yang penuh keberkatan, penuh kerahmatan dan penuh keampunan itu nanti. Moga-moga nanti kami berpeluang melaksanakan ibadah dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan bagi merebut seribu ganjaran yang telah engkau janjikan.

اللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا وَتَفَرُّقَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقًا مَعْصُوْمًا. وَلاَ تَجْعَلْ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا.رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَة وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ .وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ .وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
DOA 2

Anas bin Malik RA berkata: “Rasulullah ﷺ berdoa sebaik sahaja datangnya bulan Rejab.”

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَارِكْ لَنَا فِي رَمَضَانَ

Maksudnya: “Ya Allah berkatilah bagi kami pada bulan Rejab dan Sya’ban serta berkatilah kami juga pada bulan Ramadhan”

Riwayat Ahmad di dalam Musnadnya (2346).

DOA 3

Daripada Talhah bin Ubaidillah RA, Rasulullah ﷺ berdoa apabila melihat anak bulan Ramadhan.

اللهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالْيُمْنِ وَالْإِيمَانِ، وَالسَّلامَةِ وَالْإِسْلامِ، رَبِّي وَرَبُّكَ اللهُ

Maksudnya: “Ya Allah, naungilah kami dengan keamanan dan keimanan serta keberkatan, keselamatan dan kesejahteraan. Tuhanku dan tuhanmu adalah Allah.”

Riwayat Ahmad di dalam Musnadnya (1397). Syeikh Ahmad Syakir mengatakan isnadnya hasan manakala Syeikh Syu’aib al-Arnaut mengatakan hadith ini hasan dengan syawahid yang lain.

DOA 4

Begitu juga dikatakan ramai di kalangan salaf al-soleh berdoa untuk mendapatkan Ramadhan supaya diisi dengan pelbagai amalan yang soleh. Antara doa mereka ialah:

اللَّهُمَّ سَلِّمْنِي لِرَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِي، وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلًا

Maksudnya: “Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadhan, sejahterakanlah Ramadhan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan itu).”

Diriwayatkan oleh al-Tabarani di dalam al-Du’a (913) dan Abu Nu’aim al-Asbahani di dalam Hilyah al-Auliya’ (3/69).

TUJUAN DOA SAMBUT RAMADAN DI BACA

Mungkin ada yang tertanya-tanya mengapa kita digalakkan membaca doa menyambut Ramadan ini. Ia adalah untuk menunjukkan bahawa kita merasa sangat gembira dengan kehadiran Ramadan yang hanya muncul 1 kali sahaja untuk tempoh setahun.

Seperti sabda Rasulullah S.A.W:

أَظَلَّكُمْ شَهْرُكُمْ هَذَا بِمَحْلُوفِ رَسُولِ اللهِ، مَا مَرَّ بِالْمُؤْمِنِينَ شَهْرٌ خَيْرٌ لَهُمْ مِنْهُ، وَلَا بِالْمُنَافِقِينَ شَهْرٌ شَرٌّ لَهُمْ مِنْهُ، إِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ لَيَكْتُبُ أَجْرَهُ وَنَوَافِلَهُ مِنْ قَبْلِ أَنْ يُدْخِلَهُ، وَيَكْتُبُ إِصْرَهُ وَشَقَاءَهُ مِنْ قَبْلِ أَنْ يُدْخِلَهُ

Maksudnya: “Allah SWT naungkan kepada kamu dengan berlabuhnya bulan Ramadhan ini dengan Rasulullah ﷺ bersumpah: “Tiadalah berlalu ke atas orang Islam bulan yang lebih baik bagi mereka daripada bulan Ramadhan dan tidaklah kepada munafiq itu lebih teruk daripada bulan Ramadhan. Sesungguhnya Allah ﷻ menulis pahala ganjarannya sebelum menjelmanya bulan dan juga menulis dosa serta kehinaan sebelum masuknya bulan Ramadhan.”

Riwayat Ahmad di dalam Musnadnya (8870) & Ibn Khuzaimah di dalam Sahihnya (1884). Sanadnya dho’if kerana terdapatnya Tamim maula Abu Rumanah.

JANGAN TIDUR SELEPAS SAHUR

Anda juga diingatkan untuk tidak tidur semula selepas sahur kerana ia berisiko membawa maut.

In iadalah kerana perut memerlukan masa selama 2 jam untuk mencernakan makanan. Jika tidur, proses pencernaan akan terganggu dan ia tidak akan menghasilkan tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan sepanjang bulan puasa.

Apakah kesan-kesan sekiranya anda tidur semula selepas sahur?

Rujuk: Jangan Tidur Selepas Sahur, Ia Berisiko Membawa Maut. Ini Penjelasan Doktor

Doa Menyambut Ramadan Yang Boleh Diamalkan Ketika Menyambut 1 Ramadan

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...