Pembelian Dokumen Sokongan SSM Online Melalui eDokumen TEKUN. Ini Caranya Yang Perlu Anda Tahu
Pemilik syarikat sudah boleh membuat pembelian dokumen sokongan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) secara online melalui portal TEKUN Nasional sahaja.
Malahan ianya juga dikatakan lebih mudah dan murah berbanding platform yang lain.
Nak tahu cara membuat pembelian eDokumen daripada portal TEKUN Nasional?
INFO RINGKAS eDOKUMEN TEKUN
Isi Kandungan
Bagi anda yang belum ketahui apakah itu eDokumen TEKUN, berikut adalah info ringkas mengenai eDokumen yang anda perlu tahu.
- Perkhidmatan eDokumen merupakan pembelian dokumen sokongan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) secara dalam talian melalui pautan tambahan yang boleh didapati di portal TEKUN Nasional.
- Ia merupakan hasil kolaborasi di antara pihak TEKUN Corporation Sdn. Bhd. dan Raffcomm Technologies Sdn. Bhd. (Rafftech).
Baca juga: Cara Daftar, Login & Beli Dokumen Maklumat Syarikat Melalui MyData SSM Secara Online
SENARAI HARGA DOKUMEN
Sebelum anda membuat pembelian, anda juga boleh mendapatkan senarai harga bagi setiap dokumen sokongan SSM seperti berikut:
Dokumen Perniagaan (Perusahaan)
- Profil Perniagaan: Harga biasa: RM25.00 / Harga Diskaun: RM23.75
- Perakuan Pendaftaran Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Cawangan Utama): Harga biasa: RM20.00 / Harga Diskaun: RM19.00
Dokumen Syarikat (Sdn Bhd/Bhd)
- Profil Syarikat: Harga biasa:RM30.00 / Harga Diskaun: RM28.50
- Penyenaraian Dokumen Borang: Harga biasa:RM15.00 / Harga Diskaun: RM14.25
- Borang 49/Seksyen 58: Harga biasa:RM25.00 / Harga Diskaun: RM23.75
Dokumen Wajib Bersyarat
- Borang 13: Harga biasa:RM25.00 / Harga Diskaun: RM23.75
LANGKAH-LANGKAH PEMBELIAN DOKUMEN SOKONGAN SSM
Terdapat 7 langkah-langkah untuk membuat pembelian dokumen sokongan SSM melalui eDokumen SSM iaitu:
- Klik pautan berikut: https://www.tekun-eDokumen.my. Seterusnya masukkan Nombor Pendaftaran Perniagaan/Syarikat. Klik ROB (untuk Perniagaan) atau ROC (untuk Syarikat) dan klik CARI.
- Buat pembayaran sama ada Online Banking, Credit/Debit Card atau eWallet.
- Lengkapkan permohonan anda dengan mengisi maklumat pembeli dan klik Teruskan.
- Setelah paparan menunjukkan TRANSAKSI BERJAYA, klik Teruskan dan dokumen anda akan dijana.
- Klik Muat Turun (Download) Dokumen dan save untuk melihat dokumen yang telah anda beli.
- Jangan lupa check email anda kerana dokumen dan resit pembelian akan dihantar ke email anda. Pastikan ianya adalah betul.
6 KELEBIHAN TEKUN eDOKUMEN
Terdapat 6 kelebihan sekiranya anda membuat pembelian dokumen sokongan SSM melalui eDokumen TEKUN.
6 kelebihan tersebut ialah:
Baca juga: SSM Lanjutkan Pengecualian Kompaun Sehingga 31 Disember 2021
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai pembelian dokumen sokongan SSM melalui eDokumen TEKUN sila hubungi wakil Rafftech di saluran berikut:
- Talian Hotline Rafftech: 1300-30-4636
- Email: [email protected]
- Laman web: https://www.tekun-edokumen.my
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.