Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian, Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah Bagi Tahun 2022 Dibuka
Tahniah kepada para guru yang telah berjaya dalam permohonan pertukaran baru-baru ini dan selamat bertugas di tempat baru!
Bgai guru yang belum dapat bertukar dan masih lagi belum putus asa untuk memohon pertukaran tempat bertugas, anda boleh berbuat demikian dengan mengisi borang pertukaran mulai hari ini.
Anda boleh mengisi borang pertukaran melalui laman rasmi eGTukar Kementerian Pendidikan Malaysia disini dengan menggunakan alasan-alasan yang telah ditetapkan.
Rujuk: Tak Berjaya Posting Sekolah Lain? Ini 3 Prinsip Kelulusan Pertukaran Guru
SURAT SIARAN EGTUKAR
Isi Kandungan
TARIKH PERMOHONAN DIBUKA
Para guru yang ingin membuat permohonan melalui eGTukar boleh membuat permohonan mulai sekarang kerana permohonan telah dibuka mulai:
- 1 Januari 2022
CARA MOHON PERTUKARAN GURU MELALUI EGTUKAR KPM
Untuk membuat pertukaran tempat bertugas guru melalui eGTukar, anda boleh ikuti langkah-langkah berikut:
- Klik pautan eGTukar berikut: https://epgo.moe.gov.my/
- Seterusnya anda masukan ID Pengguna, Kata Laluan dan Nombor Kad Pengenalan
- Seterusnya Klik OK.
- Apabika anda berada dalam sistem eGTukar, anda klik pada bahagian PERMOHONAN dan lengkapkan maklumat permohonan.
- Muat naik dokumen yang diperlukan dan klik HANTAR setelah selesai melengkapkan permohonan eGTukar
- Jangan lupa untuk Save/Simpan salinan permohonan anda
- Cetak permohonan untuk rujukan sekiranya perlu
- Sila log keluar sistem setelah selesai melengkapkan permohonan
SYARAT PERMOHONAN PERTUKARAN GURU SESI 2022
Syarat permohonan untuk pertukarn Guru Sesi 2022 adalah seperti berikut:
- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan mempertimbangkan permohonan jika didapati negeri yang dimohon tidak terdapat kekosongan jawatan
- Guru tidak boleh bertukar sebelum menerima surat pemakluman kelulusan pertukaran dari jabatan pendidikan negeri asal dan surat penempatan pertukaran dari jabatan pendidikan negeri yang diluluskan
- KPM tidak akan mempertimbangkan permohonan pembatalan pertukaran setelah permohonan pertukaran diluluskan
- Penempatan ke sekolah adalah ditentukan oleh jabatan pendidikan negeri/pejabat pendidikan daerah/bahagian-bahagian yang berkenaan di KPM
Guru yang tidak layak untuk memohon pertukaran pula, anda boleh terus rujuk disini sahaja.
Bagi guru yang berjaya mendapat pertukaran antara negeri dan daerah, perlu membuat serah menyerah tugas, boleh dapatkan contoh surat dan nota serah tugas melalui pautan berikut:
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai eGTukar bagi Tahun 2022, sila rujuk laman web berikut:
Atau terus rujuk dengan:
- Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri, BPLTV, BPI, BPSBP, BPKHAS dan BSKK.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.