iSinar KWSP: Tak Tahu Nak Pilih Jumlah Pengeluaran? Elya Akan Membantu Anda

Mungkin sudah viral mengenai Elya iaitu penasihat online KWSP yang membantu anda untuk membuat keputusan berapakah jumlah pengeluaran yang boleh dibuat atau untuk kegunaan anda pada masa kini.

Anda antara anda yang ingin menggunakan wang dalam jumlah yang sedikit dan mungkin adan yang ingin menggunakan dalam jumlah yang banyak.

Tetapi anda tidak perlu tergopoh gapah dalam membuat keputusan kerana anda mempunyai masa sehingga 6 bulan untuk membuat permohonan pengeluaran i-Sinar seperti yang dinyatakan melalui pautan ini.

ELYA BUAT SERBA SALAH UNTUK KELUARKAN DUIT ATAU TIDAK DARI i-SINAR KWSP

Elya merupakan chatbot yang berperanan sebagai penasihat online KWSP yang akanmuncul setelah anda menetapkan jumlah wang untuk pengeluaran.

Elya akan menasihatkan anda mengenai amaun pengeluaran yang anda inginkan dan memberikan anggaran jumlah yang digandakan sekiranya anda tidak mengeluarkan sehingga anda berumur 55 tahun.

CONTOH:

Jika anda ingin keluarkan dalam jumlah maksimum RM10,000, anggaran yang diberikan oleh Elya adalah RM31,186.51 jika disimpan sehingga anda berumur 55 tahun.

Rujuk gambar dibawah untuk lebih jelas.

iSinar KWSP: Tak Tahu Nak Pilih Jumlah Pengeluaran? Elya Akan Membantu Anda

Sekurangnya dengan adanya nasihat daripada Elya, anda boleh berfikir dengan sebaiknya untuk membuat pengeluaran dan memikirkan amaun yang benar-benar untuk digunakan dan lebihannya boleh digunakan pada hari tua anda nanti.

Jadi, selepas ini anda tidak mempunyai sebarang masalah untuk membuat pengeluaran i-Sinar KWSP kerana Elya ada untuk memberikan pendapatnya. Berapa banyak yang anda ingin keluarkan, itu adalah pilihan anda.

Juga rujuk disini cara untuk membuat permohonan pengeluaran i-Sinar melalui portal i-Sinar KWSP.

iSinar KWSP: Tak Tahu Nak Pilih Jumlah Pengeluaran? Elya Akan Membantu Anda

INFO LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai pengeluaran i-Sinar KWSP Akaun 1, sila hubungi pihak KWSP di:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.