Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Program E-Tuisyen Rakyat (eTR) Pulau Pinang. Percuma Untuk Semua Pelajar & Daftar Disini

1,938

Demi meningkatkan prestasi akademik setiap pelajar di Pulau Pinang, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan satu inisiatif percuma buat pelajar dinegeri tersebut.

Inisiatif ini akan membantu para pelajar meningkatkan prestasi serta pencapaian semua pelajar meskipun negara sedang berdepan dengan pandemik Covid-19.

Inisiatif e-Tuisyen Rakyat (eTR) ini perlu dimanfaatkan oleh semua pelajar agar tidak ketinggalan dalam mata pelajaran masing-masing dan arus pendidikan pada masa kini.

INFO RINGKAS E-TUISYEN RAKYAT (eTR) PULAU PINANG

Program tuisyen percuma e-Tuisyen Rakyat adalah untuk membantu pelajar-pelajar terutamanya untuk mereka yang tidak mampu pergi ke tuisyen swasta.

e-Tuisyen Rakyat adalah inisiatif Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang berteraskan empat Matlamat Pembangunan Lestari oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations’ Sustainable Development Goals), iaitu:

  1. Basmi kemiskinan
  2. Pendidikan yang berkualiti
  3. Pekerjaan
  4. Pertumbuhan ekonomi serta mengurangkan ketidaksamarataan

Harapan PEKA adalah agar tuisyen percuma ini dapat meningkatkan mobiliti sosial untuk golongan B40 dalam negeri.

Baca juga: Geran Bantuan Kemasukan Ke IPT Sehingga RM1,000 Yayasan Sejahtera Kulai. Dapatkan Borang Permohonan Disini

GOLONGAN SASARAN

Kerajaan Negeri dan Penggerak Komuniti Muda (PEKA) menyasarkan golongan ini untuk mengikuti e-Tuisyen Rakyat secara percuma ialah:

  • Semua pelajar Tahun 4, Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan Tingkatan 5
  • Pelajar dari golongan B40

MATA PELAJARAN DITAWARKAN

Antara mata pelajaran yang ditawarkan melalui e-Tuisyen Rakyat Pulau Pinang ialah:

  • Matematik
  • Sains
  • Bahasa Inggeris

Untuk pengetahuan anda, kelas e-Tuisyen Rakyat dijalankan secara dalam talian dan dikendalikan oleh guru-guru yang berpengalaman.

PENDAFTARAN E-TUISYEN RAKYAT PULAU PINANG

Pelajar yang berminat untuk ikuti e-Tuisyen Rakyat bolehmembuat pendaftaran melalui pautan berikut:

Program E-Tuisyen Rakyat (eTR) Pulau Pinang. Percuma Untuk Semua Pelajar & Daftar Disini

Program E-Tuisyen Rakyat (eTR) Pulau Pinang. Percuma Untuk Semua Pelajar & Daftar Disini

  • Isikan maklumat seperti yang diperlukan.
  • Pastikan ianya betul dan tepat.
  • Hantar borang pendaftaran anda dengan klik SUBMIT pada bahagian akhir sekali.

Atau anda boleh sahaja imbas kod QR yang ada pada poster dibawah untuk pendaftaran e-Tuisyen Rakyat Pulau Pinang.

May be an image of text

Baca juga: Tak Perlu Beratur Panjang Beli Tiket KTMB Di Kaunter. Ini Cara Beli Tiket Di Kios, Lebih Cepat & Jimat Masa Anda

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai e-Tuisyen Rakyat Pulau Pinangm sila dapatkan melalui saluran berikut:

  • Hanafi: 017-498 8941
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...