Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

16 Contoh Soalan Untuk Interview Pembantu Perawatan Kesihatan U11

3,238

Tak lama lagi calon untuk jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan U11 akan melalui satu proses temuduga secara online atau lebih dikenali sebagai TSOI.

Buat masa ini, tiada temuduga secara bersemuka akan dijalankan dan setiap calon perlu membuat persediaan awal kelengkapan peralatan dan talian internet untuk pelaksanaan temuduga secara online ini.

Selain itu, untuk membangkitkan keyakinan pada calon, sila dapatkan 16 contoh soalan yang dikongsikan ini dan jadikan ianya sebagai panduan anda.

INFO RINGKAS JAWATAN PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U11

Jika calon sebelum ini menyatakan bahawa panel penemuduga akan bertanyakan solan mengenai jawatan yang anda pohon, ianya adalah benar!

Jadi, sila ambil tahu serba sedikit mengenai jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan U11 seperti yang dikongsikan dibawah.

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran dan Sokongan
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Kementerian/Jabatan: Pelbagai Kementerian/ Jabatan
  • Gaji Minimum: RM1,204.00
  • Gaji Maksimum: RM3,001.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM80.00

DESKRIPSI TUGAS

Ini juga antara soalan yang popular sering ditanya oleh panel penemuduga iaitu mengenai tugas-tugas sebagai seorang Pembantu Perawatan Kesihatan U11.

Apakah tugas-tugas Pembantu Perawatan Kesihatan U11?

  • Bertanggungjawab membantu melaksanakan tugas-tugas asas berkaitan penjagaan pesakit, penyediaan peralatan, mengambil dan merekodkan data pesakit dan tugas-tugas lain yang seumpamanya.

16 CONTOH SOALAN INTERVIEW

Anda juga boleh mendapatkan maklumat berkaitan soalan interview seperti yang dikongsikan oleh beberapa calon temuduga sebelum ini.

Sekurang-kurangnya anda mendapat sedikit gambaran dan boleh membuat persediaan melalui soalan yang dikongsikan ini.

  1. Sila kenalkan diri anda dan perkara yang kami tidak tahu tentang anda.
  2. Apakah isi dan visi Kementerian Kesihatan Malaysia?
  3. Apakah tugas PPK yang anda tahu?
  4. Kenapa anda memilih pekerjaan PPK ini?
  5. Apa yang anda faham secara umum tentang tugas PPK?
  6. Bila nampak je Hospital ini, apa yang bermain di fikiran anda? Apa yang anda tahu pasal hospital ini? (buat sedikit kajian tentang tempat anda bakal hadir temuduga ya!)
  7. Nyatakan kempen anjuran KKM.
  8. Jelaskan skop kerja PPK di klinik dan hospital.
  9. Kenapa pakaian PPK berwarna putih?
  10. Siapakah Ketua Pengarah dan Penolong Ketua Pengarah KKM?
  11. Mengapa manusia perlu vaksin Covid-19?
  12. Berapa jenis vaksin Covid-19 ada di Malaysia?
  13. Anda sudah lengkap vaksin 2 dos?
  14. Apa itu kuarantin kendiri yang anda tahu?
  15. Bolehkah nanti anda pakai PPE?
  16. Takut tak jika bekerja di wad pesakit Covid-19?
Nota: Banyakkan membaca mengenai isu terkini mengenai pandemik Covid-19. Kemungkinan besar ianya akan ditanya oleh penemuduga.

5 TIPS INTERVIEW ONLINE (TSOI)

Sebagai calon TSOI dan ini adalah kali pertama buat anda, pastinya anda ingin dapatkan sedikit gambaran atau tips untuk menghadapi TSOI yang akan dijalankan.

Jika anda amalkan 5 tips ini, gerenti anda lulus interview anda nanti!

Berdoa

  • Pastikan anda berdoa sebelum interview dijalankan dan sentiasa berdoa agar interview anda berjalan dengan lancar.

Bersedia lebih awal

  • Walaupun anda ditemuduga dari rumah anda atau lokasi anda, anda digalakkan untuk bersedia dihadapan kamera 30 minit lebih awal.

Persediaan AVL

  • Buat persediaan AVL (Audio, Visual & Lighting) dengan sebaiknya.
  • Ini adalah supaya wajah dan suara anda jelas ketika temuduga dijalankan.
  • Jangan pandang terlalu jauh atau terlalu dekat degan skrin.
  • Pastikan talian internet laju dan tidak tersekat.

Ketrampilan

  • Pakai pakaian yang formal dan lengkap seperti anda hadir temuduga secara bersemuka.
  • Pakaian yang sesuai dipakai oleh calon lelaki adalah kemeja putih dengan tali leher hitam, biru dan warna yang sesuai dengan kemeja anda.
  • Calon wanita digalakkan memakai pakaian yang sopan dan tidak menjolok mata.
  • Duduk dengan tegak dan tidak kelihatan stres, lihat pada lens kamera dan senyum sepanjang temuduga dijalankan.
  • Gerakkan tangan anda sekali sekala bersesuaian dengan topik yang dibincangkan.
  • Gunakan bahasa badan dengan sesuai.

Salam

  • Berikan salam kepada panel penemuduga anda.
  • Gunakan gelaran yang betul kepada penemuduga anda. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk membuat sedikit kajian ke atas panel yang akan menemuduga anda.
  • Anda juga digalakkan untuk bertanya khabar kepada panel dengan sopan untuk membuka bicara serta sila jaga disiplin anda sepanjang temuduga dijalankan.

Untuk tips selanjutnya, klik sini dan amalkan agar interview TSOI anda berjalan dengan lancar dan anda lulus temuduga nanti.

PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik.

Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.

Panduan Soalan Temuduga Penolong Pembantu Tadbir Kewangan N29

PANDUAN TEMUDUGA

Klik pautan di atas dan buat tempahan segera sebagai persediaan menghadapi temuduga.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...