Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Temuduga TSOI Pembantu Kesatria S19? 13 Contoh Soalan Untuk Rujukan Anda

906

Kebanyakan calon yang akan melalui temuduga online TSOI Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) adalah untuk pertama kali dan tidak mempunyai pengalaman seperti temuduga secara bersemuka sebelum ini.

Mungkin calon rasa risau dan ingin mendapatkan gambaran temuduga online TSOI serta beberapa contoh soalan yang kemungkinan ditanya oleh panel penemuduga nanti.

Ingat, perkongsian ini adalah berdasarkan soalan yang pernah ditanya kepada calon yang melalui temuduga sebelum ini dan boleh dijadikan panduan untuk anda.

INFO RINGKAS JAWATAN PEMBANTU KESATRIA S19

Jom dapatkan beberapa info ringkas mengenai jawatan Pembantu Kesatria S19 yang anda perlu tahu:

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Sosial
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Kementerian/Jabatan: Pelbagai Kementerian/ Jabatan
  • Gaji Minimum: RM1,352.00
  • Gaji Maksimum: RM4,003.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM100.00

DESKRIPSI TUGAS

Anda juga boleh dapatkan deskripsi tugas jawatan Pembantu Kesatria S19 disini. Hafal deskripsi tugas jawatan Pembantu Kesatria S19 ini kerana kemungkinan penemuduga akan bertanyakan soalan mengenai tugasan berkaitan jawatan yang anda pohon.

  • Bertanggungjawab membantu menyelaras kursus kokurikulum badan beruniform, menyelia/mengawal jurulatih kawad dan pelajar, menyelenggarakan peralatan logistik kokurikulum dan membantu tugas-tugas pentadbiran unit.

Baca juga: Temuduga SPA : Rujuk Cara Susun Dokumen Dan Cara-Cara Lengkapkan MyResume

13 CONTOH SOALAN TEMUDUGA TSOI PEMBANTU KESATRIA S19

Nak tahu apakah soalan yang sering ditanya ketika temuduga Pembantu Kesatria S19 selain daripada perkenalkan diri dan apa-apa soalan yang ingin ditanya?

Ini soalannya yang boleh anda jadikan rujukan ya!

  1. Tahu berkawad? Ceritakan cara-cara mengajar kawad kaki yang anda tahu.
  2. Apakah tugas-tugas seorang Pembantu Kesatria S19?
  3. Bagaimanakah caranya untuk menggalakkan pelajar atau pelatih di IKBN/UITM/KBS/IKM untuk aktif dengan kegiatan kokurikulum?
  4. Cuba sebutkan bahasa hukuman kawad yang anda tahu.
  5. Bagaimanakah untuk paraskan skuad?
  6. Mengapa anda memilih jawatan ini sedangkan anda sudah bekerja dan berada dalam bidang yang lain?
  7. Apakah relevan kawad kaki kepada pelatih?
  8. Terangkan 5 elemen kawad kaki.
  9. Elemen kawad kaki dibahagikan kepada 3 tahap. Terangkan.
  10. Misi dan visi jabatan.
  11. Siapakah pengarah jabatan/institusi?
  12. Apakah pengurusan aktiviti dan maklumat pelajar?
  13. Nyatakan peraturan dewan makan yang anda tahu.
Nota: Pastikan anda membuat bacaan mengenai Kawad Kaki, Peraturan Tetap Pelajar pada Intitusi atau Jabatan yang terlibat, peraturan di premis jabatan dan pelbagai lagi peraturan yang anda perlu tahu.

TIPS MENJAWAB SOALAN SUKAR & CARA ELAKKAN SEBUT “TAK TAHU”

Untuk menjawab soalan yang sukar dan tiba-tiba ditanya oleh penemuduga, anda boleh amalkan tips berikut dan jawab soalan dengan penuh yakin dihadapan penemuduga:

1. AMBIL MASA UNTUK MENJAWAB

Anda fahamkan soalan yang ditanya dan selitkan sedikit perbualan seperti berikut:

  • “Soalan yang baik dan jawapan saya adalah….”

Sekurang-kurangnya tiada ruang yang senyap dan ia menujukkan anda seorang yang matang dalam menyelesaikan masalah.

2. KAITKAN DENGAN PENGALAMAN

Anda juga boleh menjawab soalan tricky tersebut berdasarkan pengalaman yang telah ada pada anda sebelum ini. Oleh itu, persediaan sebelum temuduga sangat penting dan bagi yang belum ada pengalaman, kaitkan sahaja dengan bidang pekerjaan yang ditawarkan dengan anda.

3. SENTIASA TENANG

Penting disini untuk anda bertenang dan tidak menjawab soalan yang luar daripada bidang. Pastikan ianya berada dalam skop yang sama dan pastikan jawapan yang diberikan relevan dengan soalan yang ditanya oleh panel penemuduga.

4. TIDAK MENIPU

Anda juga dilarang untuk menipu ketika menjawab soalan dan jawablah dengan jujur dan yakin. Keyakinan dan kejujuran yang diberikan boleh menarik perhatian panel untuk memberikan anda markah yang jauh lebih baik berbanding calon yang lain.

5. BETUL ATAU SALAH

Disini tiada jawapan betul atau salah bagi soalan yang agak tricky atau soalan berkaitan pendapat. Berikan sahaja pendapat anda dan gunakan ayat atau perkataan yang mudah panel fahami.

Untuk tips yang lebih lengkap dan seterusnya sila dapatkan di:

PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik.

Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.

Panduan Soalan Temuduga Penolong Pembantu Tadbir Kewangan N29

PANDUAN TEMUDUGA

Klik pautan di atas dan buat tempahan segera sebagai persediaan menghadapi temuduga.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...