Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

[Tabung Haji] Pembukaan Akaun Secara Maya (VAO). Mudah & Cepat, Tak Payah Tunggu Lama-Lama

1,319

Menjadi satu masalah di musim pandemik Covid-19 bagi mereka yang ingin membuat urusan dikaunter-kaunter kerana perlu mengikuti SOP yang telah ditetapkan.

Bagi mereka yang ingin membuka akaun Tabung Haji pula, Tabung Haji telah menawarkan perkhidmatan Pembukaan Akaun Secara Maya (VAO).

Boleh tahu dengan lengkap bagaimanakah cara untuk membuka akaun Tabung Haji secara maya (VAO)? Tengok disini ya!

3 LANGKAH PEMBUKAAN AKAUN SECARA MAYA (VAO)

Terdapat 3 langkah asas sahaja untuk pembukaan akaun secara maya (VAO) seperti berikut:

Pautan

Pengaktifan Akaun TH

  • Hadir ke kaunter TH berhampiran untuk pengaktifan akaun.

Keutamaan

  • Keutamaan layanan akan diberikan kepada pelanggan yang telah membuat pembukaan akaun secara maya (VAO) dengan masa sesingkat 1 minit.

May be a cartoon of ‎text that says '‎TABUNG HAJI حيعلىلفلاح Pembukaan Akaun Secara Maya Virtual Account Opening (VAO) Keutamaan Layanan Masa Menunggu Seminit Sahaja -.. 1 Sila Layari Layari ww.thijari.com.my atau aplikasi THIJARI dan isikan maklumat lengkap TH HiJA Pengaktifan Akaun ΤΗ Hadir ke kaunter TH berhampiran untuk pengaktifan akaun Keutamaan Layanan Keutamaan layanan dengan masa sesingkat seminit Faedah Jimat Masa Official:LembagaTabungHaj @Tabung_Haji 唯 Selamat Cekap @lembagatabunghaji Lembaga Tabung Haji +603 6207 1919‎'‎

Baca juga: Ada Urusan Di TNB? Ini Cara Buat Tempahan Temujanji TNB 1 Hari Sebelum Berurusan

PEMBUKAAN AKAUN TABUNG HAJI KANAK-KANAK VAO

Untuk makluman, bagi pembukaan akaun TH anak, penjaga perlu lakukan pendaftaran secara dalam talian (VAO) melalui Portal THiJARI melalui pautan https://www.thijari.com.my/.

Namun, penjaga perlu mempunyai akaun TH dan telah mendaftar sebagai pengguna THiJARI terlebih dahulu.

  • Log masuk Portal THiJARI.
  • Klik pada pautan Pembukaan Akaun Kanak-Kanak.
  • Lengkapkan butiran yang diminta.
  • Hadir ke cawangan TH yang berhampiran bagi pengesahan cap jari dan penyerahan dokumen pembukaan akaun kanak-kanak.

* Dokumen yang perlu dibawa adalah Mykad Penjaga (asal dan salinan) dan Sijil Kelahiran Anak (asal dan salinan).

Nota: Bagi permohonan VAO kanak-kanak yang berjaya, penjaga dikehendaki hadir ke TH pilihan atau mana-mana cawangan dalam tempoh 30 hari bagi pengaktifan akaun bersama-sama dokumen dan deposit permulaan RM 2.00.
Urusan pengaktifan akaun kanak-kanak, pendeposit tidak perlu membuat temujanji.

KEMASKINI MAKLUMAT NOMBOR TELEFON BIMBIT

Pendeposit boleh mengemaskini maklumat nombor telefon bimbit melalui kaunter TH atau melalui panggilan telefon ke Tabung Haji Contact Centre (THCC).

Sekiranya pendeposit ingin kemaskini melalui panggilan, pendeposit perlu berjaya membuat pengesahan dan perlu majukan dokumen seperti berikut:

  • Salinan kad pengenalan depan dan belakang berpalang (UNTUK KEGUNAAN TH SAHAJA)
  • Salinan tiga (3) bulan penyata bil telefon terkini atas nama pemohon
  • Memiliki alamat emel sendiri
Nota: Sekiranya kemaskini nombor telefon dilakukan melalui kaunter TH, pendeposit hanya perlu membawa kad pengenalan dan mengisi Borang Maklumat Ahli sahaja.

MAKLUMAT LANUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Tabung Haji Contact Centre di talian:

  • 03-62071919
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...