Tak Perlu Tunggu Lama, Saluran Fast Track Bantu Permohonan Bantuan Zakat Pendidikan IPT Dalam Negara Dengan Segera. Ini Cara Mohonnya!
Memahami masalah pelajar yang terdesak untuk mendapatkan biasiswa atau penajaan pendidikan, Yayasan Pendidikan MAIDAM menyediakan saluran Fast Track untuk proses kelulusan permohonan Bantuan Zakat Pendidikan.
Ini adalah kerana Yayasan Pendidikan MAIDAM memahami masalah dan keperluan yang diajukan oleh pemohon dan kekangan pihak mereka yang menerima pertambahan permohonan serta kekangan pergerakan untuk fasa pertama 2021.
Jadi, bagaimanakah caranya untuk membuat permohonan fast track kelulusan Bantuan Zakat Pendidikan?
TUJUAN FAST TRACK PROSES KELULUSAN PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT PENDIDIKAN
Isi Kandungan
Tujuan utama saluran fast track proses kelulusan permohonan Bantuan Zakat Pendidikan ialah:
- Saluran fast track bertujuan memberi ruang kepada pelajar yang berkeperluan mendesak ketika tempoh pandemik ini untuk diproses tanpa menunggu giliran tarikh serahan borang hardcopy sebagaimana sop biasa.
TARIKH PERMOHONAN
Tarikh permohonan fast track dibuka hanya selama 1 bulan bermula:
- 20 Jun 2021 hingga 20 Julai 2021
SYARAT PERMOHONAN
Syarat permohonan adalah seperti berikut:
- Permohonan hanya terbuka kepada Bantuan Pendidikan IPT Dalam Negara sahaja.
- Pemohon mestilah telah membuat permohonan Bantuan Zakat IPT pada fasa pertama tahun 2021 dan berstatus DALAM PROSES.
- Permohonan fast track diterima untuk diproses sekiranya mengemukakan kesemua dokumen yang diperlukan. Mana-mana permohonan yang GAGAL mengemukakan dokumen yang lengkap tidak akan diterima untuk saluran fast track dan akan diproses seperti permohonan biasa.
DOKUMEN SOKONGAN
Lengkapkan permohonan anda dengan dokumen sokongan seperti berikut:
- Surat tawaran belajar.
- Peringkat pengajian Diploma & Ijazah mesti kemukakan Surat pengesahan Tahun semasa daripada Hal Ehwal Pelajar.
- Peringkat pengajian Sijil, Master & PHD mesti kemukakan surat pengesahan akuan daripada HEP yang mengesahkan tiada penajaan/pinjaman atau elaun.
- Salinan keputusan peperiksaan semester 1 tahun semasa pengajian yang telah disahkan oleh Hal Ehwal Akademik (HEA).
- Salinan sijil SPM/berhenti sekolah.
- Salinan kad pengenalan pemohon, ibu bapa/penjaga serta adik beradik dalam tanggungan.
- Salinan akaun bank pemohon yang JELAS dan AKTIF sahaja. (Akaun bank tersebut hendaklah tertera nama pemilik akaun dan nombor akaun yang jelas).
- Salinan slip gaji/akuan pendapatan atau penyata pencen (bagi pesara kerajaan sahaja) yang TERKINI.
- Surat pengesahan bermastautin terkini bagi kelahiran atau beralamat luar Terengganu dan mestilah disahkan oleh MPKK/Penghulu/Amil Zakat/Pengerusi Masjid/YB Kawasan yang berkenaan sahaja.
- Salinan Sijil Mati/Cerai (jika berkaitan sahaja).
CARA MOHON
Pelajar yang ingin membuat permohonan ikuti langkah-langkah membuat permohonan seperti berikut:
- Save semua dokumen sokongan dibuat kepada bentuk softcopy PDF didalam satu folder dan perlu compress ke zip file yang dinamakan dengan nombor kad pengenalan pemohon dan di emel ke [email protected].
- Permohonan fast track ini hanya diproses melalui emel: [email protected] sahaja.
- Penerimaan permohonan kali PERTAMA sahaja akan diproses.
- Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses melalui fasttrack.
INFOGRAFIK SALURAN FAST TRACK
Untuk lebih faham, anda boleh rujuk infografik saluran fast track seperti dibawah:
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai saluran fast track Bantuan Zakat Pendidikan hubungi Yayasan Pendidikan MAIDAM di:
- 09-6223500
- [email protected]
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.