[Fly2Campus] Berikan Maklumat Tarikh Penerbangan Anda & Bersedia Untuk Pulang Ke Kampus Anda!
Oleh kerana universiti akan memulakan pembelajaran secara bersemuka pada 15 Oktober 2021, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama syarikat penerbangan telah mengambil satu inisiatif untuk memudahkan pelajar melalui Aplikasi Fly2Campus.
Program ini akan memudahkan pelajar untuk membuat belian tiket penerbangan berdasarkan maklumat yang diberikan.
Dengan hanya menggunakan aplikasi Fly2Campus, pelajar IPT akan dihubungi oleh pihak penerbangan untuk urusan pembelian tiket.
TARIKH PENDAFTARAN FLY2CAMPUS
Isi Kandungan
Pelajar Institus Pengajian Tinggi (IPT) perlu membuat pendaftaran Fly2Campus mulai:
- 1 Oktober 2021 (12 tengah hari) hingga 6 Oktober (12 tengah hari)
MAKLUMAT DIPERLUKAN
Sebelum membuat pendaftaran, anda digalakkan untuk menyediakan beberapa maklumat penting untuk tiket penerbangan seperti berikut:
Nama penuh, nombor telefon & nombor kad pengenalan anda
- Untuk tujuan menyemak dan mendaftarkan diri bagi menggunakan sistem Fly2Campus
Alamat emel yang aktif dan sahih
- Supaya dapat menerima kata laluan yang akan dihantar melalui emel
Anda juga perlu memberikan maklumat-maklumat penting seperti berikut:
- Tarikh penerbangan
- Balai berlepas
- Balai ketibaan
SYARAT KELAYAKAN
Syarat kelayakan yang diperlukan untuk menggunakan aplikasi Fly2Campus ialah:
- Pelajar IPT (berstatus warganegara) dibawah KPT
- Menerima pemakluman masuk ke kampus bagi sesi akademik 2021/2022 secara fizikal mulai 15 Oktober 2021
- Ingin menggunakan perkhidmatan penerbangan
Nota: Pelajar tidak perlu membeli tiket melalui sistem Fly2Campus sebaliknya menyediakan maklumat yang diperlukan sahaja bagi tujuan penyelerasan.
PENDAFTARAN
Pendaftaran adalah secara online melalui pautan berikut:
Penentuan tarikh, jadual penerbangan dan penyedia perkhidmatan penerbangan adalah tertakluk kepada penyelarasan di peringkat KPT dan penyedia perkhidmatan penerbangan.
SENARAI LAPANGAN TERBANG TERLIBAT
Buat masa ini, hanya penerbangan bagi laluan utama Semenanjung-Sabah-Sarawak-Labuan diberi keutamaan. Lapangan terbang yang terlibat ialah:
- Lapangan Terbang Senai: Johor
- Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra: Kelantan
- Lapangan Terbang KLIA 1 & 2: Kuala Lumpur & Selangor
- Lapangan Terbang Labuan: Wilayah Persekutuan Labuan
- Lapangan Terbang Pulau Pinang: Pulau Pinang
- Lapangan Terbang Kota Kinabalu: Sabah
- Lapangan Terbang Sandakan: Sabah
- Lapangan Terbang Tawau: Sabah
- Lapangan Terbang Kuching: Sarawak
- Lapangan Terbang Bintulu: Sarawak
- Lapangan Terbang Miri: Sarawak
- Lapangan Terbang Sibu: Sarawak
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan/maklumat lanjut boleh hubungi Bilik Gerakan KPT di talian:
- 03-8870 6777/6628/6949/6623.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.