Permohonan Geran Tahunan Khas (GTK) IPAKK Negeri Sarawak Dibuka, Semak Cara Mohon Disini

Akhirnya Kerajaan Negeri Sarawak telah meluluskan Geran Tahunan (GTK) kepada setiap lnstitusi Pendidikan Awal Kanak-kanak (IPAKK) yang berdaftar di Negeri Sarawak.

Anda boleh dapatkan pautan-pautan permohonan Geran Tahunan Khas (GTK) IPAKK seperti yang dikongsikan ini.

Seterusnya dapatkan info berkaitan permohonan Geran Tahunan Khas (GTK) IPAKK disini ya!

TARIKH-TARIKH PENTING PERMOHONAN

Anda digalakkan untuk membuat permohonan dengan segera mengikut tarikh-tarikh berikut:

  • Tarikh akhir permohonan: 28 Februari 2022
  • Tarikh akhir hantar laporan: 30 September 2022

TUJUAN GERAN TAHUNAN KHAS (GTK) IPAKK

Tujuan sebenar adanya Geran Tahunan Khas (GTK) IPAKK adalah:

  • Untuk menyediakan pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti bermula daripada TASKA dan TADIKA.

Ia adalah berfokuskan kepada:

  1. Pemakanan yang sihat dan seimbang
  2. Fun learning dan pendigitilan asuhan dan bimbingan kanak-kanak
  3. Penglibatan ibu-bapa
  4. Kompetensi guru dan pengasuh
  5. Membantu membiayai sewa serta gaji guru dan kakitangan IPAKK
  6. Membantu pembelian barangan dan keperluan pembersihan, asnitasi dan lain-lain persediaan bagi memenuhi Prosedur Operasi Standard pasca Covid-19
  7. Kerja-kerja pembaikan kecil
  8. Pembelian perabot dan barangan elektrik

SYARAT KELAYAKAN INSTITUSI

Antara syarat-syarat kelayakan institusi untuk memohon Geran Tahunan Khas (GTK) IPAKK ialah:

  • Institusi Pendidikan Awal Kanak-Kanak (IPAKK) berdaftar di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (Seksyen 20, Akta Pendidikan 1996), Jabatan Kebajikan Masyarakat Saraak (Akta TASKA 1984), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Biro Perkhidmatan Pendidikan Majlis Islam Sarawak, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) adalah layak memohon GTK.
  • IPAKK yang layak juga hendaklah masih beroperasi, lesen pendaftaran/pendaftaran dengan badan induk masih belum tamat tempoh dan mempunyai kanak-kanak-bendaftar .
  • IPAKK wajib mempunyai akaun bank institusi yang masih aktif dan bukan akuan persendirian.
  • IPAKK yang menggunakan akaun syarikat diwajibkan mengemukakan surat rasmi sokongan/makluman untuk menggunakan akaun tersebut.
  • Permohonan hendaklah dikemukakan secara online.

CARA MOHON

Permohonan adalah melalui borang yang disediakan dipautan berikut:

Atau melalui pautan-pautan berikut:

1. Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS)

2. Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS)

3. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (PERPADUAN)

4. Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Sarawak (KEMAS)

5. Biro Perkhidmatan Pendidikan, Majlis Islam Sarawak (BPPMIS)

6. SeDidik Sdn. Bhd. (SeDidik)

7. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

8. Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI)

Permohonan Geran Tahunan Khas (GTK) IPAKK Negeri Sarawak Dibuka, Semak Cara Mohon Disini

Baca juga: Cara Mohon Bantuan Zakat Persekolahan UKM 2022 Bagi Anak-Anak Kakitangan UKM

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut mengenai permohonan Geran Tahunan Khas (GTK) IPAKK, sila hubungi Urus Setia GTK melalui saluran berikut:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.