Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Tarikh Kredit Baki RM500 GKP 3.0 Tambahan PEMERKASA+ Akan Dikreditkan Mulai 8 Julai

1,780

Penerima GKP Tambahan PEMERKASA+ dengan baki kredit RM500 akan menerima bayaran mulai 8 Julai 2021.

Untuk pengetahuan anda, jumlah penuh bayaran GKP 3.0 PEMERKASA+ adalah sebanyak RM1,500 dan akan dikreditkan terus ke akaun penerima GKP masing-masing.

Jadi, jangan lupa buat semakan di akaun penerima masing-masing mulai 8 Julai 2021 kerana wang bayaran dikreditkan ke akaun anda secara automatik.

Baca juga: Cara Membuat Semakan Bayaran GKP Tambahan RM1,000 & RM500

PENERIMA GKP 3.0 PEMERKASA+

Bayaran tambahan GKP 3.0 PEMERKASA+ akan diberikan kepada penerima yang layak menerima GKP 3.0 seperti berikut:

  • Penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0
  • Lulus Permohonan baharu GKP 3.0

AMAUN TAMBAHAN GKP 3.0 PEMERKASA+

Amaun tambahan GKP 3.0 PEMERKASA+ adalah sebanyak:

  • RM500

Tarikh Kredit Baki RM500 GKP 3.0 Tambahan PEMERKASA+ Akan Dikreditkan Mulai 8 Julai

TARIKH BAYARAN BAKI KREDIT GKP 3.0 PEMERKASA+

Tarikh bayaran baki kredit GKP 3.0 PEMERKASA+ adalah mulai:

  • 8 Julai 2021

KAEDAH PEMBAYARAN

Kaedah pembayaran adalah seperti berikut:

  • Kaedah pembayaran adalah sama seperti pelaksanaan bayaran GKP iaitu dikreditkan ke akaun bank simpanan atau semasa peribadi penerima yang didaftarkan pada permohonan GKP.
  • Maklumat akaun bank juga berdasarkan maklumat terkini yang telah dikemas kini oleh penerima berstatus Gagal Kredit pada pembayaran GKP.
  • Pembayaran hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif sahaja.

SEMAKAN STATUS BAYARAN GKP 3.0 PEMERKASA+

Anda boleh membuat semakan status bayaran baki RM500 GKP 3.0 PEMERKASA+ di:

Baca juga: GKP 4.0 PEMULIH Dengan Bayaran Tambahan Sehingga RM1,000 Untuk Kelangsungan Perniagaan. Ini Cara Mohon

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan GKP Tambahan 3.0 PEMERKASA+ sila hubungi LHDNM di saluran berikut :

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...