Apa itu Geran Khas Prihatin Tambahan (GKP Tambahan)? Ia merupakan satu bentuk bantuan yang akan dibayar kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang menerima bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 1.0 dan GKP 2.0) sebelum ini secara one-off.
Baca juga: GKP Tambahan Sehingga RM1,000 PKS Untuk Negeri PKP
GKP Tambahan PERMAI ini merupakan satu bentuk bantuan yang berada dalam salah satu inisiatif PERMAI yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri baru-baru ini.
TARIKH BAYARAN GKP TAMBAHAN
Isi Kandungan
- Tarikh bayaran adalah pada Mac 2021
JUMLAH BAYARAN GKP TAMBAHAN
Jumlah bayaran GKP Tambahan kepada PKS ialah seperti berikut:
- PKS NEGERI PKP: RM1,000
- PKS NEGERI LAIN: RM500
PENERIMA GKP TAMBAHAN
Penerima GKP Tambahan sebanyak RM500 hingga RM1,000 ialah:
- Penerima yang pernah lulus GKP 1.0 dan GKP 2.0 termasuk pemohon lulus rayuan.
KAEDAH PEMBAYARAN GKP TAMBAHAN RM1,000
Kaedah pembayaran adalah seperti berikut:
- Dikreditkan ke akaun bank simpanan dan semasa peribadi penerima yang didaftarkan semasa permohonan GKP 1.0 dan 2.0.
- Pastikan akaun bank anda aktif untuk memudahkan proses pembayaran bantuan GKP Tambahan.
Baca juga: BPN 2.0: Bayaran Fasa Kedua Bermula 21 Januari 2021, Semak Bayaran Secara Online
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan GKP Tambahan PERMAI sila hubungi LHDNM di saluran berikut :
- Portal Rasmi LHDNM
- HASIL Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara)
- HASIL LIVE CHAT
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.