Handphone YES PdPR Meletup, Pelajar Terima Handphone Redmi Note Sebagai Ganti & Ini 8 Jenis Handphone Mampu Milik Bawah RM500
Minggu lepas telah viral mengenai telefon YES yang digunakan untuk tujuan PdPR telah meletup dan dikatakan ianya terbakar kerana hampir sebulan tidak digunakan.
Telefon tersebut juga diperolehi melalui Jaringan Prihatin dan menurut sesetengah pihak, telefon yang diberikan juga berkualiti rendah serta tidak sesuai untuk digunakan oleh pelajar untuk PdPR yang mengambil masa agak lama.
Dalam perkembangan yang sama, pihak Xiomi telah menghadiahkan handphone baru kepada pelajar ini untuk meneruskan PdPR dengan lebih baik.
Baca jiga: Bantuan Ihsan Komputer Riba (BAIK) Sabah Pelajar Tingkatan 5 & 6 Bermula Julai Hingga Oktober Ini
INFO PDPR
Isi Kandungan
PENGAJARAN dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) antara kaedah dipraktikkan ketika ini berikutan sesi persekolahan secara bersemuka ditutup sementara dalam usaha memutuskan rantaian Covid-19.
Justeru, bagi melancarkan proses PdPR, para pelajar perlu menggunakan peranti seperti komputer, laptop ataupun telefon pintar.
TELEFON BARU
Sebagai inisiatif untuk memudahkan pelajar tersebut belajar dari rumah, pihak Xioami Malaysia telah menghadiahkan model Redmi Note 10 5G.
MODEL TELEFON YANG LEBIH BAIK
Terdapat beberapa jenis model handphone yang lebih baik untuk digunakan pelajar bagi tujuan PdPR iaitu:
- Realmi C21
- Vivo Y11
- Realme C3
- Realme C11
- Oppo A5s Smartphone
- Oppo A12e
- Honor 9A
- Vivo Y15
Untuk pengetahuan anda juga, semua handphone ini adalah mampu milik dengan harga kurang daripada RM500.
SIASATAN YTL
Susulan itu, pihak YTL segera menjalankan siasatan berhubung kejadian berkenaan.
Ketua Pegawai Eksekutif YTL, Wing K Lee berkata, keselamatan produk dan pengguna sentiasa menjadi keutamaan mereka.
Katanya, YES Altitude 3 dibangunkan bersama YES dan China Mobile. Lebih daripada 100,000 telefon model sama diedarkan kepada keluarga B40 di bawah inisiatif Learn-From-Home.
Namun tidak semua penerima telefon YES ini mengalami masalah yang sama. Hanya 1 kes ini sahaja yang tular dan mungkin ini adalah kebetulan sahaja.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.