[Hartani-i] Bantu Anda Membeli Tanah Untuk Aktiviti Pertanian Dengan Margin Sehingga 90% Ikut Had Kelayakan

Usahawan pertanian pastinya ingin kembangkan aktiviti pertanian masing-masing dan modal yang besar diperlukan untuk membuat pembelian tanah.

Bagi usahawan Agro yang memerlukan modal untuk pembiayaan pembelian tanah, Skim Hartani-i sangat membantu untuk urusan pembelian tanah yang diinginkan.

Syarat kelayakan untuk permohonan Hartani-i Agrobank boleh didapatin pada perkongsian ini dan sekiranya layak, buat permohonan anda dengan pelbagai faedah menarik sedang menanti anda.

Baca juga: Usahawan Belia Dipelawa Untuk Mohon BSN Mikro PEMERKASA Belia. Pembiayaan sehingga RM50,000 Jika Layak

SKIM HARTANI-i AGROBANK

Usahawan Agro yang ingin membeli tanah dan memerlukan pembiayaan boleh memohon Skim Hartani-i yang disediakan oleh Agrobank dengan had pembiayaan sehingga 90% had kelayakan pemohon.

Pembelian tanah termasuk pembelian terus daripada penjual atau melalui lelongan awam atau pembelian tanah yang akan atau telah dilelong oleh Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank).

Jadi, ia memudahkan usahawan Agro membuat pembelian tanah untuk tujuan aktiviti pertanian tanpa mengira apa jua jenis tanaman yang diusahakan.

KELAYAKAN PERMOHONAN

Kelayakan permohonan Hartani-i Agrobank adalah seperti berikut:

  • Individu warganegara Malaysia
  • Berumur 21-60 tahun
  • Kakitangan Kerajaan/Swasta yang telah disahkan jawatan
    Individu yang berpendapatan stabil (jika bukan kakitangan kerajaan/swasta)
  • Berpendapatan tetap bulanan tidak kurang RM 1,500 (kerajaan) dan RM 2,000 (swasta).

DOKUMEN DIPERLUKAN

Lengkapkan permohonan anda dengan menyertakan bersama dokumen penting berikut:

  • 3 bulan slip gaji terkini bagi individu berpendapatan tetap
  • 6 bulan penyata bank bagi individu yang berpendapatan stabil
  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan geran tanah
  • Perjanjian jual beli
  • Salinan kad pengenalan pemilik tanah

TEMPOH PEMBIAYAAN

Tempoh pembiayaan bagi Hartani-i adalah sangat istimewa kerana tempoh maksimum yang ditawarkan adalah sangat panjang iaitu:

  • Sehingga 20 tahun atau;
  • Sehingga pemohon berumur 60 tahun pada tarikh matang pembiayaan (mana-mana yang lebih awal)
Pihak Bank akan memaklumkan Pelanggan sekurang-kurangnya 21 hari sebelum tarikh pelaksanaan (jika berkenaan) sekiranya terdapat sebarang perubahan pada fi dan caj yang berkaitan.
Fi dan caj adalah tertakluk kepada Cukai Perkhidmatan (“SST”) sebanyak 6% (jika berkenaan).

May be an image of outdoors and text that says 'AGRO BANK Pembiayaan Tanah Pertanian Hartani-i % Tempoh pembiayaan hingga 20 TAHUN Pembiayaan semula dibenarkan Margin pembiayaan hingga 90%'

CARA MOHON

Anda yang berminat untuk membuat permohonan pembiayaan pembelian tanah pertanian Hartani-i Agrobank, ia boleh dilakukan secara online melalui:

  • Laman rasmi Agrobank
  • Hadir ke Agrobank yang terdekat

JADUAL BAYARAN BULANAN

[Hartani-i] Bantu Anda Membeli Tanah Untuk Aktiviti Pertanian Dengan Margin Sehingga 90% Ikut Had Kelayakan

Baca juga: 5 Skim Mikro Kredit PEMERKASA Ditawarkan BSN Untuk Usahawan Terjejas Akibat Covid-19. Mohon Jika Perniagaan Anda Terjejas!

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai permohonan pembiayaan Hartani-i disaluran berikut:

  • 1 300 88 2476
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.