Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

5 Skim Mikro Kredit PEMERKASA Ditawarkan BSN Untuk Usahawan Terjejas Akibat Covid-19. Mohon Jika Perniagaan Anda Terjejas!

1,155

Bank Simpanan Nasional (BSN) mempelawa usahawan mikro yang terjejas pendapatan untuk memohon salah satu daripada 5 Skim Mikro Kredit PEMERKASA yang disediakan untuk uasahawan ini.

5 Skim Mikro Kredit PEMERKASA ini pastinya dapat membantu para usahawan mikro yang memerlukan modal untuk bangkit semula daripada segala masalah yang dilalui sepanjang pandemik Covid-19.

Apakah 5 Skim Mikro Kredit PEMERKASA yang disediakan oleh BSN kepada usahawan mikro? Semak disini dan buat permohonan sekiranya anda benar-benar memerlukan.

Baca juga: Dapatkan Pembiayaan Sehingga RM50,000 Untuk Ubahsuai Premis Perniagaan. TemanMesra BSN Jadikan Impian Anda Sebagai Kenyataan

INFO RINGKAS SKIM MIKRO KREDIT PEMERKASA BSN

Tahukah anda bahawa:

  • Skim Mikro Kredit PEMERKASA ini menyediakan bantuan kewangan sehingga RM50,000 dengan kadar keuntungan sebanyak tiga peratus (3%) dan tempoh pembiayaan antara satu (1) hingga lima setengah (5.5) tahun.
  • Pembayaran ansuran bulanan hanya akan bermula selepas bulan keenam.

TARIKH PERMOHONAN

Usahawan mikro boleh membuat permohonan pembiayaan mulai:

  • 1 April 2021

5 SKIM MIKRO KREDIT PEMERKASA BSN

Terdapat 5 jenis Skim Mikro Kredit PEMERKASA yang ditawarkan kepada usahawan mikro iaitu:

BSN Micro/i PEMERKASA

  • Bagi perusahaan mikro yang mempunyai syarikat milikan tunggal, perkongsian atau syarikat Sdn. Bhd yang memerlukan dana untuk modal kerja dan pembelian aset.

Gambar BSN

BSN Micro/i PEMERKASA-NITA

  • Bagi usahawan wanita yang memerlukan dana untuk modal kerja dan pembelian aset.

Gambar BSN

BSN Micro/i PEMERKASA BELIA

  • Bagi usahawan muda berusia 30 tahun dan ke bawah yang memerlukan dana untuk modal kerja dan pembelian aset.

Gambar BSN

BSN Micro/i PEMERKASA ISTIMEWA

  • Bagi usahawan orang kurang upaya (OKU) yang memerlukan dana untuk modal kerja dan pembelian aset.

Gambar BSN

BSN Micro/i PEMERKASA MAMPAN

  • Bagi perusahaan mikro yang mempunyai syarikat milikan tunggal, perkongsian atau syarikat Sdn. Bhd yang memerlukan dana bagi menampung kos-kos tetap operasi perniagaan sehingga enam (6) bulan termasuk gaji pekerja, bil utiliti dan sewaan.

Gambar BSN

Bagi anda yang berminat untuk membuat permohonan, klik pautan ini dan terus buat permohonan untuk pembiayaan perniagaan anda.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Untuk permohonan Skim MIkro Kredit PEMERKASA dan sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Hubungan Pelanggan di saluran berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...