Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Henti Sebar Berita Palsu. Denda Sehingga RM50,000 Atau Penjara Tidak Lebih 2 Tahun Atau Kedua-Duanya Sekali

1,500

Apa yang anda akan buat sekiranya menerima berita palsu? Terus sebarkan, biarkan atau dapatkan kesahihan sesuatu berita terlebih dahulu?

Ini kerana tindakan tegas sedang menanti anda sekiranya anda berterusan menyebarkan berita palsu. Oleh itu, berhenti sebarkan berita palsu atau berita yang tidak diketahui kesahihan sumbernya.

Malah, pegawai awam juga digalakkan untuk mengetahui etika penggunaan media sosial dan amalkannya dalam kehidupan seharian.

PERATURAN & TINDAKAN BERITA PALSU

Antara peraturan dan tindakan kepada penyebar berita palsu ialah:

1. Seksyen 505 Kanun Keseksaan

  • Penjara tidak lebih 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

2. Seksyen 211 atau 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

  • Denda tidak lebih RM50,000 atau penjara sehingga 1 tahun atau kedua-duanya dan denda tambahan RM1,000/hari bagi kesalahan berterusan selepas sabitan.

3. Peraturan 4 atau 19

  • Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (P.U(A) 395/1993)

ETIKA PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL OLEH PEGAWAI AWAM

Antara etika penggunaan media sosial oleh Pegawai Awam ialah:

  • Patuhi Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (P.U(A) 395/1993) sebelum membuat pernyataan awam melalui media sosial.
  • Tidak menggunakan media sosial bagi tujuan peribadi pada waktu pejabat.
  • Tidak mendedahkan maklumat rasmi dalam media sosial.
  • Tidak membuat komen mengenai isu-isu berbentuk serangan peribadi atau agensi.
  • Semak ketepatan dan sensitivti maklumat sebelum dihantar
  • Pastikan perkongsian/penggunaan maklumat berkaitan hak cipta dan harta intelek telah mendapat kebenaran pemilik hak cipta/harta intelek.

Henti Sebar Berita Palsu. Denda Sehingga RM50,000 Atau Penjara Tidak Lebih 2 Tahun Atau Kedua-Duanya Sekali

3 PERKARA UNTUK ELAK SEBAR BERITA PALSU

Terdapat 3 perkara untuk elak dari sebar berita palsu, anda perlu lakukan perkara berikut:

1. BACA

  • Jika membaca sesuatu siaran menarik dan ingin berkongsi dengan rakan yang lain.

2. SEMAK

  • Ambil masa untuk menyemak kesahihan dan fakta berkaitan siaran tersebut.

3. SEBAR

  • Setelah mendapat kepastian barulah berkongsi dengan rakan yang lain.

Henti Sebar Berita Palsu. Denda Sehingga RM50,000 Atau Penjara Tidak Lebih 2 Tahun Atau Kedua-Duanya Sekali

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...