Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Suka Bercuti Dalam Malaysia? Inilah 4 Hotel Wakaf Di Malaysia Yang Anda Perlu Tahu

1,149

Bagi anda yang suka bercuti dan melancong di dalam negara Malaysia bolehlah menggunakan kemudahan yang telah disediakan kepada anda terutamanya tempat tinggal yang selesa oleh Yayasan Waqaf Malaysia.

Mengapa?

Ini kerana terdapat 4 hotel wakaf di Malaysia yang telah disediakan oleh Majlis Agama Islam Negeri masing-masing dan boleh dimanfaatkan oleh anda semua.

Baca juga: Jangan Malu & Jangan Segan! Tuala Wanita Percuma Untuk Mereka Yang Memerlukan Tersedia Di Kedai MAIWP & YADIMart

INFO RINGKAS YAYASAN WAQAF MALAYSIA

Penubuhan YWM secara hakiki adalah berdasarkan keperluan kewujudan entiti wakaf bagi menguruskan hal ehwal wakaf di peringkat persekutuan. Idea ini dilontarkan pada 25 Mac 2006 di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Baitulmal Kebangsaan (JPBK) yang telah diadakan di Kuala Terengganu.

Sumber dana wakaf yang diperolehi adalah melalui kutipan Wakaf Tunai Malaysia (WTM), iaitu skim wakaf tunai yang dikelolakan sendiri oleh YWM. Untuk makluman, YWM mempunyai dua jenis skim produk wakaf, iaitu Skim Wakaf Tunai Malaysia dan Sijil Wakaf Bangunan.

Bagi Sijil Wakaf Bangunan, YWM akan mendahulukan dana YWM (bukan dana wakaf) untuk membeli dahulu bangunan di lokasi-lokasi strategik. YWM kemudiannya akan mewujudkan unit-unit bagi bangunan tersebut bertujuan membuka peluang kepada orang ramai utnuk membeli seterusnya mewakafkan unit tersebut. Setelah keseluruhan unit bangunan diwakafkan, bangunan tersebut akan didaftarkan sebagai aset wakaf Majlis-Majlis Agama Islam Negeri.

LOKASI 4 HOTEL WAKAF

Dimanakah lokasi 4 hotel wakaf tersebut? Ini lokasinya:

Perak

  • Hotel Seri Warisan (JAWHAR-MAIPk)
  • Taiping, Perak

Melaka

  • Hotel Pantai Puteri (JAWHAR-MAIM)
  • Tanjung Kling, Melaka

Terengganu

  • Hotel Pantai Puteri (JAWHAR-MAIDAM)
  • Kuala Terengganu, Terengganu

Negeri Sembilan

  • Hotel Klana Beach Resort Port Dickson
  • Port Dickson, Negeri Sembilan

Suka Bercuti Dalam Malaysia? Inilah 4 Hotel Wakaf Di Malaysia Yang Anda Perlu Tahu

Baca juga: Bantuan Kecemasan Zakat Khas MAIWP RM500 Seorang One Off Secara Berperingkat Mulai 15 Jun 2021

Ingin tambah pahala anda melalui wakaf? Klik sini untuk berwakaf secara online.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai wakaf sila dapatkan di:

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...