Pengguna Hotlink, Jom Sertai Kempen Hotlink Top Up & Nikmati Ganjaran Merdeka 2021. Ini Caranya!

Pelanggan Hotlink dipelawa untuk mengikuti Kempen Hotlink Top Up & Nikmati Ganjaran Merdeka 2021 yang sedang berlangsung dan bakal tamat pada September ini.

Masih belum terlambat buat anda dan anda boleh ikuti kempen ini dengan membuat langkah-langkah seperti yang akan dikongsikan sebentar lagi.

Jangan terlepas peluang ini dan jom kita sertai Kempen Hotlink Top Up & Nikmati Ganjaran Merdeka 2021 sebelum terlambat!

INFO RINGKAS KEMPEN HOTLINK TOP UP

Sempena kempen Hotlink Tambah Nilai & Nikmati Ganjaran Merdeka 2021, pengguna prabayar Hotlink akan menerima Hotlink Reward Points apabila mereka tambah nilai melalui platform digital yang dinyatakan.

Dengan Hotlink Reward Points yang terkumpul, pengguna boleh menebus LEBIH 200 produk daripada katalog Ganjaran Hotlink.

Baca juga: Nak Tahu Tak 4 Pakej Telekomunikasi Untuk Rakyat Sempena Hari Merdeka? Semak Disini Tau!

TEMPOH KEMPEN HOTLINK TOP UP & NIKMATI GANJARAN MERDEKA 2021

Pengguna Hotlink sila alert ya! Kempen ini akan bermula pada:

  • 23 Ogos 2021 hingga 30 September 2021

jadi, jangan tunggu lagi ya!

CARA DAPATKAN HOTLINK REWARD POINT

Bagaimanakah caranya untuk dapatkan Hotlink Reward Points apabila anda membuat tambah nilai?

Ini caranya:

  • Muat turun aplikasi Hotlink dan log masuk menggunakan nombor telefon anda;
  • Tambah nilai melalui platform digital yang dinyatakan
  • Tunggu SMS pengesahan Mata Ganjaran diterima

PLATFORM TAMBAH NILAI

Anda boleh membuat tambah nilai untuk dapatkan Hotlink Reward Points PERCUMA di platform berikut:

  • Laman perbankan atas talian tempatan (Maybank2U, CIMB Clicks, Pbe Online Banking & lain-lain)
  • Aplikasi perbankan tempatan (MAE, M2U MY, CIMB Clicks, HLB Connect Mobile Banking & lain-lain)
  • Aplikasi eWallet (TNG, Grab & Boost)
  • Aplikasi Hotlink dan laman web Hotlink: tambah nilai melalui perbankan internet, kad kredit/debit & E-Wallet

JUMLAH TAMBAH NILAI & MATA GANJARAN

Berikut adalah jadual jumlah tambah nilai dan mata ganjaran untuk rujukan anda:

JUMLAH TAMBAH NILAI (1 TRANSAKSI) MATA GANJARAN
RM30, RM50, RM60, RM100 50
RM10, RM20 25
RM5 5

TARIKH LUPUT MATA GANJARAN

Mata ganjaran juga mempunyai tarikh luputnya. Tarikh luput bagi setiap mata ganjaran adalah pada:

  • Setiap hujung bulan

Quube -Hotlink Reload Top Up RM30 : Mobile Top Up / Vouchers

CARA TEBUS TAWARAN HOTLINK GUNA MATA GANJARAN

Nak tahu cara tebus Tawaran Hotlink menggunakan Mata Ganjaran? Caranya ialah:

  • Log masuk aplikasi Hotlink dan pergi ke halaman Ganjaran.
  • Klik jenis ganjaran yang ingin anda tebus (Pas Internet atau Tawaran)
  • Untuk ganjaran Pas Internet:
    a) Pas akan diaktifkan serta-merta setelah penebusan.
    b) Satu hari, hanya 1 pas boleh ditebus.
    c) Status dan tempoh sah boleh disemak di bahagian Internet pada laman utama.
  • Untuk Tawaran dan ganjaran bukan Pas Internet:
    a) Layari kategori tawaran yang sedia ada dan pilih Tawaran pilihan anda. Setiap tawaran mungkin mempunyai kaedah penebusan dan tarikh luput yang berbeza, sila baca arahannya dengan teliti.
    b) Klik ‘Tebus dengan Mata Ganjaran’. Setiap tawaran mungkin mempunyai mata ganjaran yang berbeza.
    c) Untuk memeriksa status dan perincian tawaran yang telah anda muat turun, pergi ke tab ‘Dimuat turun’ di halaman Ganjaran untuk mengetahui lebih lanjut.
    d) Setiap ganjaran mungkin mempunyai kaedah penebusan yang berbeza, sila baca dengan teliti. Berikut adalah contoh beberapa kaedah yang mungkin anda alami ketika menebus ganjaran anda
  • Tawaran dalam talian: Klik pada pautan laman web pedagang seperti yang terdapat di halaman ganjaran. Masukkan kod promo di medan kod promo pembayaran untuk penebusan.
  • Peniaga Runcit: Kemukakan kod promo kepada pedagang dan minta mereka klik butang “Guna Tawaran Sekarang”. Kod promosi hanya dapat digunakan sekali sahaja and jika skrin memaparkan “Tawaran Sudah Ditebus & Selesai”, pelanggan tidak dapat menebus tawaran tersebut walaupun pelanggan secara tidak sengaja menekan butang ‘Guna Tawaran Sekarang’.
  • Penghantaran ganjaran: Ejen perkhidmatan pelanggan Hotlink akan menghubungi anda dan anda mesti memberikan kod promosi kepada ejen perkhidmatan pelanggan. Setelah pengesahan dilakukan, anda perlu memberikan butiran alamat anda dan ganjaran tersebut akan dihantar kepada anda.

Baca juga: Tema Kemerdekaan Tahun 2021, Susunan Bendera Di Malaysia & Maksud Jata Negara Malaysia

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai kempen Hotlink Tambah Nilai & Nikmati Ganjaran Merdeka 2021, sila dapatkan di:

  • Hubungi 1300-820-120 atau 123 dengan telefon anda untuk sebarang pertanyaan.
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.