iSinar dan iLestari tidak diteruskan tetapi Kerajaan telah mengumumkan untuk membenarkan pengeluaran wang KWSP pencarum melalui iCitra.
iCitra KWSP dibenarkan pengeluarannya sehingga RM5,000 dan dikreditkan ke akaun bank pemohon masing-masing setiap bulan sebanyak RM1,000.
Dapatkan cara membuat permohonan iCitra KWSP sebanyak RM5,000 secara online seperti yang dikongsikan disini.
INFO RINGKAS iCITRA
Isi Kandungan
Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.
TARIKH PERMOHONAN iCITRA
Permohonan iCitra boleh dibuat mulai:
- 12 Julai 2021 hingga 30 September 2021
TARIKH PEMBAYARAN iCITRA KWSP
Bayaran iCitra KWSP akan dikreditkan ke akaun pemohon masing-masing mula:
- Ogos 2021
KELAYAKAN PERMOHONAN
- Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan;
- Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.
KELAYAKAN AMAUN PENGELUARAN
- Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.
- Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan.
- Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan.
- Bayaran minimum adalah RM50
- Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1
- Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)
CARA MEMBUAT PERMOHONAN
Permohonan adalah secara online melalui pautan berikut:
- https://icitra.kwsp.gov.my/
- Pilih Permohonan.
- Isikan nombor MyKad/ MyPR dan Nombor Telefon Bimbit.
- Klik Teruskan dan sahkan identiti anda melalui pengesahan Nombor OTP atau Soalan Keselamatan.
- Tentukan Amaun Pilihan Pengeluaran.
- Skrin akan memaparkan jumlah maksimum Amaun Pilihan Pengeluaran.
- Tetapkan Amaun Pilihan anda dengan menggerakkan penunjuk.
- Klik Teruskan dan lengkapkan Maklumat Pemohon, Maklumat Pembayaran dan Kaji selidik. Klik Teruskan.
- Semak semua maklumat dan tandakan √ sebelum klik Hantar.
- Permohonan anda selesai.
SEMAKAN JUMLAH SIMPANAN KWSP
Anda boleh membuat semakan jumlah simpanan KWSP melalui:
- i-Akaun (Ahli)
- Aplikasi mudah alih i-Akaun
- Kios KWSP (termasuk kios KWSP di premis pihak ketiga)
Rujuk: i-Akaun: Cara Daftar & Dapatkan TAC Di Kiosk KWSP. Mudah & Cepat
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai pengeluaran iCitra KWSP di:
- Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
- Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
- Media sosial rasmi KWSP
- Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.