Laptop & Tablet Diberi Mulai Februari Untuk PdPR Melalui Inisiatif Cerdik Yayasan Hasanah
Pelbagai inisiatif yang dilakukan oleh pelbagai individu untuk memberikan bantuan kepada para pelajar dan ibu bapa agar PdPR anak-anak berjalan dengan lancar sepanjang tempoh PKP 2.0 kali ini.
Antaranya bantuan telefon pintar dan data internet percuma YTL Foundation, Data internet 1GB percuma dan pakej internet untuk pelajar, pemberian tablet percuma dari Ustzaz Ebit Lew dan bantuan laptop terpakai dari YB Seremban.
Terkini pula, Yayasan Hasanah menyatakan bahawa mereka akan memberikan komputer riba dan tablet kepada murid yang memerlukan menerusi inisiatif Cerdik bermula bulan Februari 2021.
TARIKH PEMBERIAN LAPTOP & TABLET PERCUMA INISIATIF CERDIK
Isi Kandungan
Tarikh sebenar belum diputuskan tetapi ianya akan bermula pada:
- Februari 2021
GOLONGAN SASARAN PEMBERIAN LAPTOP & TABLET PERCUMA INISIATIF CERDIK
Inisiatif yang dikendalikan Yayasan Hasanah ini akan memberikan komputer riba kepada:
- 150,000 murid di 500 sekolah sebagai projek rintis.
- Pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah
Pemberian bantuan ini dipilih dan ditentukan oleh Kementerian Pendidikan (KPM). Ini adalah termasuk pemilihan spesifikasi perkakasan dan perisian yang akan diberikan demi jangka hayat yang lebih lama untuk pembelajaran digital pada masa hadapan.
Ia juga diperkenalkan dengan bertujuan membantu pelajar menyesuaikan diri dengan norma baharu pelajaran dalam talian, e-pembelajaran dan pengajaran luar bilik darjah.
13 SYARIKAT TERLIBAT PEMBERIAN LAPTOP & TABLET PERCUMA INISIATIF CERDIK
Inisiatif ini melibatkan sumbangan berjumlah RM150 juta daripada 13 syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang mewakili syarikat di bawah Khazanah, PNB, KWSP dan Petronas.
MERAPATKAN JURANG PEMBELAJARAN ANTARA PELAJAR
Ketua Setiausaha KPM, Yusran Shah Mohd Yusof berkata, pihak kementerian mahu merapatkan jurang pembelajaran antara yang mampu memiliki peranti digital dengan yang kurang bernasib baik.
Beliau juga berharap inisiatif ini akan merintis model-model pembelajaran digital untuk penggunaan pada masa depan.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.