Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Inisiatif Penempatan Sementara Pekerja Di Hotel Oleh MOTAC & JKTSM Sepanjang PKP

1,178

Sebelum ini pelbagai isu membabitkan pekerja terutamanya berkaitan penempatan pekerja mengikut SOP sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Antara kementerian yang terlibat dengan pelaksanaan inisiatif penempatan sementara pekerja di hotel adalah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bekerjasama dengan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM).

Inisiatif penempatan sementara pekerja di hotel ini adalah mengikut Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja (Akta 446).

ALTERNATIF TERBAIK SEPANJANG TEMPOH PKP

Usaha ini merupakan satu alternatif yang terbaik sepanjang tempoh PKP dengan tujuan:

  • Menangani penularan wabak COVID-19 yang berpunca daripada kluster tempat kerja khususnya yang melibatkan penginapan pekerja.
  • Secara tidak langsung dapat membantu kelangsungan perniagaan pengusaha hotel di negara ini yang terjejas akibat penularan wabak pandemik.

SYARAT PERMOHONAN TERBUKA PENGINAPAN PEKERJA

Antara syarat permohonan terbuka penginapan pekerja adalah:

  • Terbuka bagi hotel yang berminat
  • Memenuhi syarat di bawah Akta 446

PERMOHONAN TERBUKA BAGI PENGUSAHA HOTEL

Bagi pengusaha hotel yang berminat untuk melibatkan diri dalam program ini anda boleh membuat permohonan secara online dipautan berikut:

Inisiatif Penempatan Sementara Pekerja Di Hotel Oleh MOTAC & JKTSM Sepanjang PKP

  • Buat pendaftaran terlebih dahulu dengan klik PENGGUNA BARU.
  • Isikan maklumat yang diperlukan.

Inisiatif Penempatan Sementara Pekerja Di Hotel Oleh MOTAC & JKTSM Sepanjang PKP

  • Klik SIMPAN.
  • Seterusnya buat permohonan melalui emel di [email protected]
  • Permohonan dipanjangkan kepada JTKSM.

Baca juga: PSU 3.0 PERMAI, RM600 Setiap Pekerja & Penambahbaikan

SKOP KEMUDAHAN PENGINAPAN PEKERJA

Skop kemudahan untuk sepanjang penginapan pekerja adalah:

  • Penginapan bilik
  • Tidak termasuk kos air, elektrik, dobi serta kemudahan lain
Nota: Pihak majikan boleh mendapatkan kemudahan lain yang berkaitan dengan tambahan kos yang dirunding bersama pihak hotel.

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...