Kalau baru buat permohonan pengeluaran wang iSinar bagi Kategori 2 masih boleh dapat wang Interim RM1,000 lagi tak? Jawapannya, ya. Anda masih lagi boleh menerima wang Interim iSinar sama seperti orang lain.
Bagi anda yang ingin membuat permohonan iSinar masih lagi ada masa yang panjang dan bagi anda yang berada dalam Kategori 2 boleh siapkan dokumen sokongan yang relevan serta dapatkan tutorial cara upload dokumen sokongan seperti yang dikongsikan.
Jadi, dah check atau belum wang Interim iSinar anda?Sudah dikredtikan ke akaun anda atau belum?
INFO RINGKAS WANG INTERIM ISINAR
Isi Kandungan
Bayaran interim adalah sejumlah bayaran yang dibayar lebih awal kepada pemohon i-Sinar Kategori 2 sementara permohonan mereka diproses sepenuhnya oleh KWSP.
Ia bertujuan untuk membantu meringankan beban kewangan dan keperluan mendesak ahli terutamanya mereka yang terkesan dengan cabaran pandemik COVID-19 dan bencana alam di beberapa negeri.
TARIKH BAYARAN WANG INTERIM iSINAR
Seperti sedia maklum, tarikh pembayaran wang Interim iSinar adalah:
- 26 Januari 2021
TEMPOH KREDIT INTERIM KE AKAUN BANK
Tempoh kredit wang Interim ke akaun bank penerima adalah seperti berikut:
- 1 hingga 3 hari waktu bekerja
TEMPOH PEMBAYARAN WANG INTERIM iSINAR PERMOHONAN BAHARU
Bagi permohonan baharu Kategori 2 iSinar, pembayaran Interim akan dibuat dalam masa:
- 7 hari dari tarikh permohonan diterima
LANGKAH PERMOHONAN iSINAR KATEGORI 2
Baru nak mohon iSinar Kategori 1 atau Kategori 2? Rujuk langkah permohonan seperti gambar dibawah:
INFO LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan mengenai pengeluaran i-Sinar KWSP, sila hubungi pihak KWSP di:
- Telefon: 03-8922 6000
- Laman web: https://www.kwsp.gov.my/
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.