iSinar: CEO KWSP Jelaskan Pengeluaran Tiada Syarat, Hanya Kriteria

Menjadi bualan rakyat Malaysia yang bercita-cita ingin membuat pengeluaran KWSP tetapi cita-cita tersebut musnah setelah KWSP memberikan perincian untuk mengeluarkan wang dari Akaun 1 adalah tertakluk kepada 2 jenis kategori yang dinyatakan iaitu :

KATEGORI 1

Kategori 1 ini ialah :

  • Mereka yang bekerja di sektor formal
  • Bekerja sendiri
  • Bekerja di dalam sektor ekonomi gig
  • Sudah lama tidak mencarum
  • Hilang pekerjaan
  • Suri rumah atau
  • Diberi notis cuti tanpa gaji

KATEGORI 2

Kategori 2 pula ialah:

  • Kategori ini adalah untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30% dan ke atas.
  • Ia termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa) selepas Mac 2020, yang mana pengurangan tersebut hanya boleh dikenalpasti melalui dokumen yang diberikan.

PENJELASAN CEO KWSP MENGENAI I-SINAR

Seperti yang disoal oleh moderator Astro Awani, CEO KWSP menyatakan bahawa kategori permohonan i-Sinar yang diperincikan hanyalah KRITERIA sahaja dan bukan syarat untuk membuat pengeluaran.

Jadi, sesiapa sahaja boleh memohon pengeluaran i-Sinar seperti yang dinyatakan oleh CEO KWSP ini. Beliau juga menyatakan bahawa:

  • Ahli yang tidak memiliki dokumen sokongan untuk memohon i-Sinar, KWSP terbuka untuk mengadakan perbincangan & meneliti situasi pemohon berkenaan.
  • Namun proses permohonan agak lambat sedikit kerana tiada dokumen sokongan yang menyatakan permasalahan yang dihadapi oleh pemohon.
  • Pemohon yang tidak mencarum selama 2 bulan berturut pada masa buat permohonan secara automatik boleh mendapat kelulusan dan berada dalam kriteria kategori 1.

TARIKH PERMOHONAN PENGELUARAN i-SINAR

Permohonan pengeluaran i-Sinar secara online boleh dilakukan pada:

  • Kategori 1 : 21 Disember 2020
  • Kategori 2 : 11 Januari 2021

Dapatkan perincian permohonan mengikut kategori serta dokumen yang diperlukan dipautan berikut:

  • Perincian iSinar KWSP : 2 Kategori Ahli Yang Layak Memohon

PERMOHONAN PENGELUARAN i-SINAR SECARA ONLINE

Konsep pengeluaran RM10,000 i-Sinar KWSP adalah seperti berikut:

  • Pengeluaran duit EPF bukan secara one-off sebanyak RM10,000.
  • Tunjukkan bukti pendapatan terjejas untuk layak mohon i-Sinar.
  • Mengemaskini i-Akaun KWSP bagi memudahkan proses permohonan i-SINAR.
  • Permohonan i-Sinar digalakkan dilakukan secara atas talian.
  • Jika ahli mempunyai baki akaun 1 KWSP yang kurang daripada RM10,000,anda juga layak.
  • Ahli yang telah lama tidak mencarum juga layak.

Anda boleh mohon melalui i-Akaun dan portal i-Sinar secara online dan pastikan anda sudah mendaftar i-Akaun terlebih dahulu dan dapatkan cara-cara permohonan disini.

Cara Mohon Pengeluaran i-Sinar KWSP Secara Online

INFO LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai pengeluaran i-Sinar KWSP Akaun 1, sila hubungi pihak KWSP di:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.