Jangan Risau, Baki Bayaran iSinar Tetap Dikreditkan Walaupun Lulus i-Citra. Ini Perbezaan iSinar & iCitra
Pemohon yang iSinar terutamanya Kategori 2 tidak perlu risau dengan baki bayaran kerana ia tetap dikredtikan ke akaun anda walaupun permohonan i-Citra anda telah diluluskan.
Ini kerana penyaluran bantuan i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak akan membatalkan baki bayaran yang akan dibuat menerusi inisiatif i-Sinar.
Jadi, jangan risau dengan baki bayaran iSinar anda ya!
Rujuk: Tarikh Bayaran Akhir iSinar Kategori 2
BAYARAN BAKI iSINAR TIDAK DIBATALKAN
Isi Kandungan
Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz:
- Baki bantuan i-Sinar akan diteruskan dikreditkan kepada pencarum yang diluluskan dan bayaran adalah pada bulan Julai 2021.
- Bayaran adalah bermula pada 10 Julai 2021.
PERBEZAAN iSINAR & iCITRA
Terdapat beberapa perbezaan antara iSinar iaitu:
iSINAR
- i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.
- Pengeluaran sehingga RM10,000 (Tertakluk kepada baki simpanan minimum RM100 dalam Akaun 1).
- Bayaran bulan pertama mengikut pilihan anda sehingga maksimum RM5,000.
- Dibayar dalam tempoh sehingga 6 bulan.
iCITRA
- Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.
- Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.
- Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan.
- Bayaran minimum adalah RM50
- Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan.
Rujuk: Cara Mohon iCitra KWSP, Pengeluaran Sehingga RM5,000 & Mohon Secara Online Sahaja
TARIKH PERMOHONAN i-CITRA
Permohonan i-Citra boleh dibuat mulai:
- 15 Julai ini dengan pembayaran pertama akan dikreditkan dalam akaun ahli pada Ogos ini.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.