Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Ini Cara Isytiharkan Diri Sebagai Kontak Rapat Guna MySejahtera

2,339

Takut membahayakan orang lain sekiranya anda merupakan Kontak Rapat kepada pesakit Covid-19?

Oleh itu, anda juga ingin tahu cara untuk mengisytiharkan diri sebagai Kontak Rapat kepada mereka yang berwajib tetapi tidak tahu caranya.

Gunakan aplikasi MySejahtera sahaja! Dapatkan tutorialnya disini dan lakukannya langkah demi langkah.

APA ITU KONTAK RAPAT?

Kontrak rapat adalah mereka yang terdedah kepada kes positif kurang daripada jarak satu meter dan melebihi 15 minit.

Adalah amat penting untuk menjalankan pengesanan kontak rapat kepada mereka yang terdedah kepada kes positif COVID-19 untuk membendung jangkitan dengan segera.

Baca juga: Individu Positif Covid-19, Perlu Kemaskini Status Kesihatan Anda Di MySejahtera Ya! Ini Caranya

CARA ISYTIHARKAN DIRI SEBAGAI KONTAK RAPAT

Bagaimanakah cara untuk isytiharkan diri sebagai kontak rapat melalui MySejahtera?

Langkah 1

  • Klik Status Covid-19 di laman utama aplikasi MySejahtera

Langkah 2

  • Tekan Mula untuk menjawab soalan yang dipaparkan.

Langkah 3

  • Jawab Ya jika anda kontak rapat dengan seseorang yang positif Covid-19 dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Langkah 4

  • Isikan maklumat kes positif Covid-19 tersebut.

May be an image of ‎text that says '‎ﷺ Bersama Hentikan Covid-19 Cara Mengisytiharkan Diri Sebagai Kontak Rapat MySejahtera Klik Status COVID-19 di laman utama aplikasi MySejahtera. 19,053 Tekan Mula untuk mula jawab soalan. Jawab Ya jika anda kontak rapat dengan seseorang yang positif dalam tempoh 14 yang lepas. Isikan maklumat kes positif COVID-19 tersebut. Semua kontak apat perlu menjalani pengasingan atau kuarantin rumah atau pusat kuarantin. Mereka yang bergejala perlu menjalani ujian kendiri COVID-19 atau pergi ke klinik kesihatan atau klinik swasta untuk penilaian. Jika hasil ujian didapati positif, pergi ke COVID-19 Assessment Centre (CAC) berhampiran untuk penilaian selanjutnya.‎'‎

Baca juga: Terlupa Kata Laluan MySejahtera, Ini Cara Setkan Semula Password Anda

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...