Mungkin ada di antara kita yang masih mencari pekerjaan walaupun pelbagai sektor ekonomi telah dibuka sekarang ini.
Malahan pergerakan merentas negeri juga telah dibenarkan tanpa perlu membuat permohonan dengan PDRM.
Bagi anda yang masih lagi mencari pekerjaan, boleh memohon 2 jawatan yang ditawarkan oleh Sawari FELDA iaitu sebagai Promoter dan Penyelia Stor.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Isi Kandungan
Anda boleh membuat permohonan sebelum tarikh tutup pada tarikh berikut:
- 20 Oktober 2021
Baca juga: Apa Yang Tidak Boleh & Apa Yang Boleh Dibuat Ketika Hantar Resume Kepada HR Melalui Emel?
JENIS JAWATAN DITAWARKAN
Antara jawatan yang ditawarkan pula ialah:
- Promoter
- Penyelia Stor
Sekiranya berjaya dalam permohonan, anda akan ditempatkan di:
- Menara FELDA
- Balai FELDA
- Pejabat Wilayah Terengganu
SYARAT KELAYAKAN
Sebelum membuat permohonan, pastikan anda membaca terlebih syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh Sawari FELDA seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 hingga 25 tahun
- Mestilah mempunyai kelulusan dalam SP
- Mempunyai Lesen Memandu
- Berpengalaman kerja sebagai Promoter/Penyelia Stor lebih diutamakan
- Berperwatakan menarik
- Mempunyai tubuh badan yang sihat
- Lengkap 14 hari dari dos vaksin Covid-19 yang kedua
CARA MOHON
Permohonan adalah melalui emel sahaja dengan menghantar:
- Surat permohonan kerja
- Resume yang terkini beserta gambar terkini
- Sijil pendidikan
Pastikan semua dokumen ini dihantar ke alamat emel berikut:
Baca juga: [Resume] Update Pengalaman Kerja Anda Dalam Resume & Masukkan Maklumat Ini
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai permohonan kerja sebagai Promoter dan Penyelia Stor di Sawari FELDA, sila ajukan ke:
- Puan Salmiah: 03-2191 2036
- Cik Mas Affrawanda: 03-2191 2432
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.