[Veteran ATM] 2 Jenis Jawatan Ditawarkan Prolintas Group Of Companies. Gaji Sehingga RM2,500
Veteran ATM atau Angkatan Tentera Malaysia yang berpencen dan belum mempunyai pekerjaan dipelawa untuk memohon 2 jawatan yang ditawarkan oleh Prolintas Group Of Companies.
Terdapat beberapa kaedah permohonan yang boleh anda gunakan sekiranya berminat untuk memohon jawatan yang ditawarkan.
Semak syarat kelayakan yang telah ditetapkan dan anda bakal menerima gaji sehingga RM2,500 sekiranya diterima untuk bekerja di Prolintas Group Of Companies.
2 JENIS JAWATAN PROLINTAS GROUP OF COMPANIES
Isi Kandungan
2 jenis jawatan yang ditawarkan Prolintas Group Of Companies ialah:
-
Peronda Lebuhraya
-
Operator Pusat Kawalan Lebuhraya
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Anda digalakkan untuk memohon jawatan ini dengan segera sebelum tarikh berikut:
- 10 Ogos 2021
SYARAT KELAYAKAN
Syarat kelayakan untuk memohon kedua-dua jawatan yang ditawarkan Prolintas Group Of Companies adalah seperti berikut:
- Veteran ATM berumur 50 tahun ke bawah.
- Terbuka kepada veteran ATM lelaki dan perempuan.
- Wajib lulus SPM dengan 5 mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia dan Sejarah.
- Diwajibkan menjalani latihan di Pulapol.
- Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai lesen memandu E dan GDL yang sah.
- Veteran yang mempunyai kemahiran asas penyelenggaraan kenderaan digalakkan memohon.
FAEDAH & KEMUDAHAN
Antara faedah dan kemudahan yang bakal dinikmati sekiranya anda diterima masuk bekerja di Prolintas Group Of Companies ialah:
- Gaji bermula RM1,600 sehingga RM2,500.
- Elaun dan insentif yang menarik
- Kemudahan perubatan
- Perlindungan insurans
- Caruman KWSP dan PERKESO
- Kemudahan hostel dikawasan terpilih
CARA MOHON
Jika anda berminat dan layak untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan ini, anda boleh memohon melalui kaedah berikut:
- JHEV ATM (BKS)
- Imbas QR CODE pada poster iklan dibawah
Baca juga: Kadar Bantuan RM300 Sebulan Untuk Veteran ATM Melalui Skim Bantuan Sara Hidup
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai tawaran kerja Prolintas Group Of Companies, sila dapatkan di:
Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM-Bahagian Kerjaya & Sosioekonomi (BKS)
- 03-2050 8000/8090/8028
Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd
- 03-2164 2450
- [email protected]/[email protected]
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.