Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Jawatan Pembantu Kemahiran H19. Pemilik Sijil Vokasional Malaysia/SPM/SKM & Sijil Kompetensi Mohon Segera!

1,324

Belia yang mempunyai sijil seperti Sijil Vokasional Malaysia/SPM/SKM & Sijil Kompetensi ditawarkan untuk memohon jawatan sebagai Pembantu Kemahiran Gred H19 di Universiti Malaya.

Anda juga digalakkan untuk membuat permohonan dengan segera secara online pada pautan yang dikongsikan disini.

Dapatkan syarat lantikan serta info seterusnya melalui perkongsian ini.

INFO RINGKAS PEMBANTU KEMAHIRAN GRED H19

Berikut adalah info ringkas mengenai jawatan Pembantu Kemahiran Gred H19 di Universiti Malaya untuk rujukan anda:

  • Taraf Jawatan: Kontrak
  • Gaji Minimum: RM1,377.00
  • Gaji Maksimum: RM4,052.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM1,000

Baca juga: Lebih 5,000 Jawatan Kosong Di Program Gerak Kerjaya Johor Secara Online. Penyertaan Adalah Percuma!

DESKRIPSI TUGAS

Tugas sebagai Pembantu Kemahiran Gred H19 di Universiti Malaya ialah:

  • Bertanggungjawab dalam tugas-tugas sokongan teknikal di bangunan kerajaan iaitu memasang, membaik pulih, menyenggara, mengawasi serta menguji kenderaan/jentera/peralatan awam dan mekanikal, pepasangan elektrik, sistem elektrik, sistem perpaipan dan kumbahan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan selamat.

SYARAT LANTIKAN

Syarat lantikan untuk jawatan Pembantu Kemahiran Gred H19 ialah:

1. Sijil Vokasional Malaysia

  • Bidang/Kelayakan Khusus: Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
  • Gaji Permulaan : RM1,377.00
  • Bidang Kursus :
    i. Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
    ii. Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan
    iii. Teknologi Kejuruteraan Awam

2. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

  • Bidang/Kelayakan Khusus: Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta sekurang-kurangnya Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Gaji Permulaan : RM 1,435.12

3. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kompetensi

  • Bidang/Kelayakan Khusus: Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tunggal yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Gaji Permulaan : RM1,435.12

4. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)

  • Bidang/Kelayakan Khusus: Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Gaji Permulaan : RM1,493.24

5. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Kompetensi

  • Bidang/Kelayakan Khusus: Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kekompetenan Pendawai Fasa Tiga yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Gaji Permulaan : RM1,493.24
Nota: Syarat Bahasa Melayu : Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) di peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

CARA MOHON

Untuk membuat permohonan, sila klik:

Jawatan Pembantu Kemahiran H19. Pemilik Sijil Vokasional Malaysia/SPM/SKM & Sijil Kompetensi Mohon Segera!

Baca juga: Cara Buat Tuntutan Faedah PERKESO Bagi Pekerja Positif Covid-19

UPDATE TERKINI JAWATAN KOSONG

Sebarang update terkini mengenai jawatan kosong yang ada diseluruh Malaysia, anda boleh layari laman berikut:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...